A Destination : Introduction 6/19/2007 10:18:00 AM

Kalau tak dipecahkan ruyung,
Manakan dapat sagunya
__________________________

Pepatah lama ini begitu sesuai dianalogikan dengan "Destinasi" atau matlamat. Jika mahukan sagu, sudah tentu perlu dipecahkan ruyungnya. Jika mahu menggali perigi, sudah tentu perlu dicari punca airnya. Jika mahu makan sekalipun, sudah pasti perlu berusaha menggunakan tangan untuk menyuap. Jika tidak, masakan dapat apa yang dimahukan. Begitulah jua dengan destinasi dan hala tuju seseorang. Andai destinasi dan hala tuju tidak ditetapkan dengan jelas, maka pincanglah diri.. teraba-raba didalam cahaya terang. Berusaha untuk sampai ke destinasi, tetapi tidak diketahui dimanakah hala tuju sebenarnya. Akhirnya usaha yang dikerjakan tidak sedikit pun membawa makna.. melainkan penat lelah semata.

Kepada semua yang sudi membaca blog ini, maaf andai membacanya membuatkan masa anda terbuang. Dan andai anda mendapat sesuatu yang berguna daripadanya, alhamdullilah.. dan teruskan membaca.. :) andai anda sudi menitipkan sedikit komen, itu lebih bermakna bagi saya..