Garis-Garis Deja Vu - Part I 8/29/2008 11:46:00 AM

Inilah puisi yang telah membuatkan keinginan saya membuak untuk membaca GGDV.. enjoy..!!.. =)
~Garis-Garis Deja Vu~

Malam itu,
Ketika kami melihat bintang pelayaran,
Dia tersenyum dan berkata,
Masanya telah tiba,
Untuk dia pergi,
Dan rinduku menghilang dari dataran padang pasir ini...

Aku cuba menafikan dan membalas,
Bahawa rinduku akan terus segar abadi,
Dan sejauh mana aku dan dia hilang di bumi tuhan ini,
Aku akan tetap terus menjejaki dia,
Merindui dia,
Bersama bintang pelayaran yang akan membawa kami pulang kesini...

Dia tertawa dengan seribu sendu,
Dan cuba meyakinkan aku,
Bahawa tidak ada jalan untuk takdir kami bersatu lagi...

Tetapi aku bersumpah,
Biar seribu tahun datang dan seribu tahun pergi,
Biar bintang terakhir gugur dan langit bimasakti ini tiada lagi,
Dan berganti dengan kegelapan infiniti,
Aku dan dia akan tetap disini,
Dan terus hidup untuk mengira kasih yang abadi...

Dia tertawa dengan seribu pilu,
Dan cuba menyedarkan aku,
Bahawa tidak ada jasad yang dapat bertahan sebegitu lama,
Aku dan dia akan menghela jua nafas terakhir kami,
Lalu cinta akan terkubur bila tidak ada lagi jasad yang membalas rindu...

Di padang pasir tidak bertanda ini,
Malam penuh bintang,
Mendakap bulan yang malu,
Aku termangu dalam sendu,
Dan aku tahu,
Dia telah pergi dan tidak akan kembali lagi...

Untuk satu saat itu,
Aku tahu,
Tidak ada perlunya aku hidup disini lagi...

~ John Norafizan
(Dipetik dari novel Garis-Garis Deja Vu)

p/s: Review novel..?? sabar ye.. =)

Warkah buatmu ~ generasi pasca merdeka 8/27/2008 12:07:00 PM

Saya anak merdeka. Lebih tepat lagi - generasi pasca-merdeka. Generasi yang lahir ketika jerih perih kemerdekaan tidak lagi dirasai.Yang ada ialah segala kemewahan dan kesenangan yang telah mula bertapak di negara Malaysia tercinta ini. Tidak ada peperangan, tidak ada bunyi bom atau pesawat terbang yang menggegar lubang telinga dan mengganggu-gugat ketenteraman. Tidak ada wajah-wajah bengis askar-askar Jepun yang masuk kerumah membuat onar. Juga tidak ada kesusahan hidup yang menyebabkan saya terpaksa memakan ubi kayu atau biji cempedak yang ditanam dibawahrumah..!!(untuk simpanan sewaktu benar-benar darurat!).



Yang ada ialah laungan "merdeka,merdeka,merdeka" tepat jam 12 tghmlm 31 Ogos setiap tahun. Tidak ada lagi kesusahan dan keperitan yang dirasai oleh generasi sebelum merdeka. Yang dinikmati adalah segala kemewahan dan kesenangan yang bertitik tolak dari perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan masa lalu.Kestabilan ekonomi, keharmonian hidup rakyat berbilang kaum, dan perpaduan yang berjaya diterapkan oleh pemimpin-pemimpin selepas merdeka.Itulah hakikat yang saya rasai.

Sebagai seorang anak pasca-merdeka, saya sedar yang saya tidak pernah merasai kepahitan sebelum merdeka sebagaimana yang telah dirasai oleh ibu bapa saya. Dan tanpa ragu, saya juga mengakui bahawa saya tidak pernah merasai betapa manisnya erti kemerdekaan sepertimana yang dirasai mereka yang pernah hidup di zaman sebelum merdeka.Kerana saya hanya mula mengetahui tentang sejarah Malaysia dan kesusahan generasi sebelum merdeka ini melalui pembacaan buku teks sejarah dan juga melalui pembacaan tambahan.Bukan melalui pengalaman sendiri (Ya Tuhan, sungguh saya tidak mahu melalui pengalaman perit seperti itu!).

Lumrah manusia, apabila mendapat sesuatu itu bukan dengan susah payah, maka mereka kurang menghargai..

Ini termasuklah saya, anda , dan generasi pascamerdeka lainnya... (harap-harap saya salah ttg ini..).Namun ini bukan alasan utk kita mengambil ringan tentang kemerdekaan.Kerana jika direnung kembali, tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih besar berbanding perjuangan memerdekakan Negara.Kerana jika kemerdekaan ini gagal dipertahankan, maka sia-sialah segala pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan kita dan jerih-perih datuk nenek kita dahulu.


Disini dapat dilihat betapa pentingnya metapelajaran sejarah yang diajar disekolah (matapelajaranyang selalunya dibenci oleh para pelajar!). Tanpanya, tak mungkin saya mengetahui jerih-perih org dahulu-kala memperjuangkan kemerdekaan.Walaupun saya tidak benar-benar merasai zaman "gelap"itu, sekurang-kurangnya saya dapat menelusuri dan mempelajari sedikit sebanyak jerih-perih penat-lelah mereka yang terdahulu(saya ulangi sekali lagi betapa saya tak mahu melalui pengalaman itu!).
Dan melaluinya juga, saya mula sedar betapa pentingnya kemerdekaan ini dipertahankan.! Jika sebelum ini,masih ramai generasi sebelum Merdeka yang hidup dan berkobar-kobar mempertahankan kemerdekaan,kini tidak lagi.Jika sebelum ini, generasi yang lahir sebelum merdeka masih mendominasi bilangan penduduk di Malaysia, tetapi kini setelah lebih 50 tahun merdeka,Saya pasti ramai dari mereka yang telah meninggal dunia (harus diingat generasi sebelum merdeka yang paling muda kini telah berumur 51 tahun..!!) Lalu siapa yang wajib mempertahankan dan menyambung perjuangan mereka kalau bukan
kita = generasi pascamerdeka??

Dan demi tuhan, perjuangan mempertahankan kemerdekaan ini bukan sesuatu yang mudah. Mungkin mudah untuk diperkatakan,namun sukar untuk dipraktikkan. Lebih-lebih lagi sekarang, dengan begitu banyak penjajahan bentuk baru yang menular dikalangan rakyat Malaysia ketika ini :- Penjajahan ,pemikiran,budaya dan ekonomi. Penjajahan cara halus yang mungkin sama sekali tidak disedari oleh kita - bahawa sebenarnya kita telah kembali dijajah! Sedarlah wahai generasi pasca merdeka..!!
Dan kini, saya amat bimbang dengan kedudukan politik kita pada hari ini. Simptom-simptom kejatuhan teraju kepimpinan Malaysia sudah mula muncul dan makin meruncing. Cuma satu yang saya harapkan, iaitu agar ketidakstabilan politik ini tak akan menyebabkan kita sekali lagi dijajah - kerana terlalu leka bergaduh sesama sendiri demi kepentingan diri sendiri yang tidak sudah-sudah.

Dan disini, saya menyeru anda semua dan diri saya sendiri. Bangkitlah, bangunlah,bebaskan diri kita dari dijajah semula oleh anasir-anasir jahat barat,baik dari segi pemikiran, budaya, ekonomi, mahupun perkara-perkara lain. Mari kita mengisi makna merdeka dengan jati diri kemerdekaan yang kental, bukan sekadar laungan merdeka semata-mata.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-51 !
dan bersedialah berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan kita..
Pesan saya, hargai dan hayatilah sejarah kita, kerana tanpanya, kita pasti bukan kita pada hari ini,
kita pasti bukan disini, hari ini.

till then, =p

Books..books..books... ~haih 8/23/2008 06:58:00 PM

Khamis.Pagi-pagi lagi saya dah bersiap. Bas pukul 8.30 pg.JB-Seremban.Kemana?Destinasi adalah kerumah abang saya di Senawang.Sungguh rasa tak sabar menunggu kedatangan hari khamis.Bukan tak sabar menunggu peluang utk balik bercuti, tetapi tak sabar hendak membeli Garis-Garis Deja Vu - Novel yang telah saya sebutkan sebelum ini =)

Sampai saja di Terminal One Seremban, tak lengah saya mencari apa yang dimahukan. Bersama seorang kawan, hampir-hampir saya berputus asa mencarinya di sekitar situ. Akhirnya bertemu jua dengan novel yg kucari-cari di Popular Bookstore.Suka yang tidak terhingga..=p


Dan semalam, semasa ke Jusco bersama abang and his family, tiba2 ternampak MPH sale yg begitu menggoda.Aheh (haila cik zaza.. payah tul!) Haih.. susah btul nak elak dari godaan macam nih. Banyak kali saya berfikir-fikir utk membeli satu lagi buku atau tidak. Namun jawapannya tetap sama..!ngeee... pasti anda sudah tahu jwapannya kan? yep.. I got one more book frm MPH yesterday. BUku ape ye? Buku yg dah lame nak dibaca tapi belum berkesempatan. >>> Rich Dad Poor Dad.

huhu.. mujur saya masih punya banyk masa utk membaca ,memandangkan perjalanan saya masih jauh untuk ke Melaka dan Kuantan selepas ini. Jadi,ruang-ruang masa yg ada semasa dalam perjalanan nnt taklah sia-sia begitu saja..
Ehe.. let me finished them all first.. then baru leh bagi review...=) insyaAllah..

A Bunch of your GOALS... are they nuts?? 8/19/2008 09:11:00 PM

Here is the quote from Mr. Mohd Faisal Hanapiah, UTM Expert English Consultant


"Goals without time limit are only wishes"


How true it is right? everyone needs goal to reach something. Because without goals, we tend to drive in arbitrary direction. And forever, we will never managed to reach the right destination--->>> the destination we want and we craved for. Am I right?


Then, after the goal is set, the time limit is a must. Because time limit is the one who take care of the goals. So.. its mean, every goal must go hand-in-hand, side by side with the time limit. Because if they aren't,all of those goals are only nuts..! Do you agree with me?

Bukankah senyum itu sedekah..?? (driving license con't) 8/18/2008 05:30:00 PM

Seperti yang dijanjikan sblm ni, ada isu yg ingin dikongsikan disini berkaitan ujian memandu yang sy lalui. Telah sy katakan sblm ini yg sy mengambil ujian JPJ sebanyak 3 kali sebelum diiktiraf sebagai pemandu jalanraya berlesen bukan? jadi di sini, apa yg ingin dikongsikan ialah sikap ketiga-tiga org penguji(JPJ) yg telah menguji sy dan pengajaran yg saya kutip drpnya.

  • Penguji pertama: Lelaki,usia lingkungan 30-35 thn

Tak banyak yg boleh sy katakan disini ttg penguji pertama.Nama pun tak ingt. Memakai kacamata hitam (sy dapati rata2 penguji JPJ suka btul pakai spek itam neh!huh..! bajet mcm ngeri sgt ke ape?). Dan sy pun tak sempat nak ketahui lebih lanjut ttg penguji pertama ni sbb sy tak sempat nak keluar ke jalanraya pun..ehehe.. (what a silly mistake i've done!) What? kesalahan ape? tehehe... takmo ckp la.. segan.Puncanya?? ada dua kemungkinan 1) saya terlebih konfiden, 2) sy nervous sgt kot.. iskh2... saya pun kurang pasti yg mana satu...=)

  • Penguji kedua: Perempuan, usia lingkungan 35-40 thn

Yang kedua ni tak pakai spek hitam pun.. tapi berwajah serius dan susah btul nak senyum.haih... yang ni mmg terkenal dgn ke"hardcore"an nye.. heheh. Knp sy ckp camtu? Pakcik yg slalu ajar sy bwk kete pun ckp dgn saya (lepas sy lulus ujian ).. "kalo penguji yg ni mmg pyh sikit.!kalau 5 org yg dia uji, biasanya sorang jek yg lepas!!"Adeyh.. bleh anda bayangkan ke"hardcore"an nye?? patutla bile pakcik ni nmpk atas borang ujian sy yg sy akan diuji oleh Puan JPJ ni, ada riak risau pd wajahnya.Tapi pakcik tu takdela ckp pd sy yg dia risau.By the end of the day.. wat happened? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ='( sy gagal lagi... sob2.. apelah nasib...Tapi, ade something interesting yg nak diceritakan disini ttg penguji ni.


Let me go through this:- hari ni sy rasa lebih konfiden dari ujian pertama sbb semalam, saya dah berlatih sepuas-puasnya. Sy pandu kete melalui jalan dan laluan yg sama sebanyak 5 kali!Diulang, 5 kali!!(sepatutnya 4 kali je, tapi pakcik tu saje bg sy extra route.. =) tq pakcik)Walaupun sy dah sedia maklum yg puan JPJ nih agak hardcore dgn calon2 yg diuji, sy tetap rasa ok sbb semalam sy dah berlatih byk.First thing sy buat sebaik sy msuk dlm kete, sy bg salam. malangnye, takde respond. Puan JPJ nih asyik tgk borang sy dan diam seribu bahasa (huish kokyepon, jwb la slm sy nih skit.. ssh sgt ke?? Takpun bg sy sikit senyuman pon dah ok..)siapa tau mgkin sy akan lbh tenang dan relax dgn cara tu kan? Then, Sy teruskan ape yg ptt sy buat semasa ujian memandu. Selekoh pertama yg sy lalui, sy termakan jln org skit semasa membelok.spontan, Puan JPJ ni buat bunyi tak senang (bunyi org act bile timbul sesuatu mslh).hati sy yg tadi tenang bertukar rupa. Selepas kesalahan pertama ni, tanpa sedar sy trus melakukan kesalahan-kesalahan lain yg sy langsung tak buat semalam! Bayangkanlah, nervous yg mula merajai membuatkn sy hampir tersilap jalan dan sekaligus menyebabkan sy memberi signal di selekoh yg salah! (tak masuk akal btul! smlm sy pusing jalan ni 5 kali tau! takde silap pon..) Apabila seorang pemandu membunyikan hon pd sy, Pn JPJ ni tanpa lengah menyuruh sy berhenti di tepi highway.(mase ni, sy tau sy dah gagal utk kali kedua.. tapi dlm masa sama sy mmg tak boleh trima kenyataan yg sy gagal lagi..! huish tak logik btul bleh gagal lg kan?) Psstttt.. yg saya geram tu.. boleh pulak puan ni berbual baik dan senyum dgn saya lepas sy dah comform gagal tu! Haila manusia ni.. mcm2 perangai kan?


Lalu sy terfikir,jika dr awl tadi beliau dah tunjukkan sikap "warm welcomed" pd saya,mungkinkah kegagalan yg sy lalui hari ini akan bertukar menjadi kejayaan? mungkinkah sy tak akan rasa sebegitu nervous dan kesalahan yg saya lakukan juga tidak akan jadi sebegitu byk? Mungkin juga kan..? OPsss...Jangan salah sangka! Saya sesekali tidak menyalahkan takdir.Bukan juga sy ktakan begitu bermakna sy meletakkan kesalahan pada puan JPJ trsebut.. Saya pasti itu adalh kesalahan saya yang gagal mengawal diri sendiri. Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan disini ialah pelajaran yg tersirat disebaliknya.

Kajian dan pemerhatian telah membuktikan yang dorongan itu adalah lebih efektif berbanding hukuman. Teringat saya akan sebuah buku motivasi yg masih belum habis yg saya baca "How to win friends and influence People" tulisan Dale Canergie. Dlm bab yg membincangkan tentang A Simple Way To Make A Good First Impression, Dale telah memetik ulasan dari seorang pakar psikologis dari University of Michigan, Proffessor James V.McConnell tentang harga dan pentingnya sebuah senyuman:


"People who smile, tend to manage, teach, and sell more effectively and to raise happier children.There's far more information in a smile than a frown. That's why encouragement is a much more effective teaching device than punishment" (Dan diingatkan disini, senyuman yg dimaksudkan adalah senyuman yg ikhlas, bukan pura-pura..!)

Saya ulangi. ENCOURAGEMENT IS A MUCH MORE EFFECTIVE TEACHING DEVICE THAN PUNISHMENT. buktinya...?? mari kita susuli apa yg berlaku pada ujian JPJ kali ketiga merangkap kali terakhir yg saya lalui.


  • Penguji Ketiga: Lelaki,berusia dalam lingkungan 45 thn

Yang terakhir ini juga pakai spek hitam. Tapi beliau tidaklah seperti sesetengah JPJ lain yg sengaja menunjukkan ke"besaran"mereka. Pertama kali sya masuk kereta, beliau memberikan saya "warm welcome" yg saya harapkan. Walaupun kelihatan agak garang dan tegas, beliau sebenarnya seorang yg agak friendly. Ini membuatkan meter nervous saya turun ke tahap terendah. Ini tidaklah bermakna saya langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan pd ujian kali ini.Saya melakukannya sekali.Tanpa memarahi saya, beliau dgn suara tenang menyuruh saya pandu kereta elok-elok. Mendengarkan itu,serta-merta saya terasa lega dan tenang lalu membuatkan pemanduan saya menjadi lebih lancar dan berhati-hati. By the end of the day?? Yuhuuu.. Alhamdulillah saya berjaya akhirnya.... =)



See..? magic bukan? kontra yang saya dapati dari dua pendekatan yg berbeza.
Dimana apabila saya melakukan kesalahan:

  1. Saya dilayan dengan respond yg tidak menyenangkan hati. Akibat: Saya terus melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa saya menyedarinya!

  2. Saya dilayan dengan dorongan dan suara yang menenangkan. Akibat: Saya merasa lega dan tenang dan pemanduan saya menjadi lebih berhemah dan berhati-hati!

Betapa saya mendapat pengajaran dari peristiwa ini. Anda bagaimana? saya harap, anda yg membaca juga mendapat pengajaran yg baik dari kisah ini. Selepas ini, sy pasti akan berusaha utk mempraktikkan kaedah ini dalam setiap situasi sukar yang saya lalui.Saya tahu bukan mudah untuk mempraktikkannya. Lebih-lebih lagi apabila kesalahan yg dilakukan oleh seseorang itu terlalu besar dan sukar untuk dimaafkan. Namun kemarahan dan kritikan bukanlah jalan yg baik untuk menyelesaikannya. Kerana kemarahan dan kritikan hanya akan membuatkan individu berkenaan akan lebih melakukan kesalahan dan kemungkinan besar memberontak kerana harga diri mereka dipermainkan. Lalu cara yang terbaik? adalah melalui layanan yg baik, dorongan dan senyuman. Dengan cara ini, individu tersebut secara automatik akan merasa malu dgn kesalahan yg dilakukan, malahan ia akan menjadi lebih efektif. Individu ini akan merasa dihargai kerana tidak dimarahi dan dimalukan (lebih2 lagi dikhalayak ramai) malahan akan merasa lebih yakin diri.
Ingin saya kongsikan dgn anda sedikit petikan dari buku tulisan Dale Canergie berkaitan isu ini.



Part One : Fundamental Techniques in Handling People,pages 14-15
When dealing with people,let us remember we are not dealing with creatures of logic. We are dealing with creatures of emotion,creatures bristling with prejudices and motivated by pride and vanity. Bitter criticsm caused the sensitive Thomas Hardy , one of the finest novelist ever to enrich English literature, to give up forever the writing of fiction. Criticsm drove Thomas Chatterton, the English Poet, to suicide.

Benjamin Franklin, tactless in his youth, became so diplomatic, so androit at handling people,that he was made American Ambassador to France. The secret of his success? "I will speak ill of no man," he said,".......and speak all the good I know of everybody" Any fool can criticize,condemn and complain--and most fools do. But it takes character and self-control to be understanding and forgiving. "A great man shows his greatness," said Carlyle,"by the way he treats little men."

Bob Hoover, a famous test pilot and frequent performer at air shows,was returning to his home in Los Angeles fromand air show in San Diego. As described in the magazine "Flight Operations", at three hundred feet in the air, both engines suddenly stopped. By deft maneuvering he managed to land the plane, but it was badly damaged although nobody was hurt. Hoover's first act after the emergency landing was to inspect the airplane's fuel. Just as he suspected, The World War II propeller he had been flying had been fueled with jet fuel rather than gasoline. Upon returning to the airport, he asked to see mechanic who had seviced his airplane.The young man was sick with the agony of his mistake. Tears streamed down his face as Hoover approached. He had just caused the loss of a very expensive plane and could have caused the loss of three lives as well.You can imagine Hoover's anger. One could anticipate the tongue-lashing that this proud and precise pilot would unleash for that carelessness. But Hoover didn't scold the mechanic; he didn't even criticize him. Instead, he put his big arm around the man's shoulder and said, "To show you I'm sure that you'll never do this again, I want you to service my F-51 tomorrow."

Hmmm... mengagumkan bukan? kesan yg diberikan oleh kedua-dua dorongan dan kritikan? Dalam menangani isu ini, sudah pasti pilihan adalah ditangan anda.... dorongan...? atau kritikan..??

Dan mulalah berikan senyuman anda pada setiap orang yg anda temui hari ini.. kerana mungkin senyuman anda yg sedikit itu.. dpt meredakan kesedihan atau kesuraman org lain.. siapa tahu kan? lagipun bukankah senyum itu... sedekah..?? =)

Cuti Vs Garis-Garis Deja Vu 8/15/2008 09:56:00 PM

Yuhuu.. da bleh update blog smule.. hihihi.. "eksaited" neh. ahaks. Aceli sy excited nih sbb minggu dpn nak balik bercuti... hehehe...jom-jom jalan2 pegi bercuti... =)
And.. yg lagi menyebabkan sy excited nak bercuti ni.. sbb sy tak saba nk cari my new book collection.. tehe...



Buku ape? kali ni novel Malay.. dah lame rasenye tak beli novel Melayu. Yela.. kalau dulu mmg sy ni hantu novel melayu. Tapi sekarang.. sejak dua menjak berlakunye lambakan novel-novel cinta Melayu dipasaran yg kebanyakannya -sorry to say, terlalu stereotype,kurang pengisian, dan seolah-olah hanya tangkap muat, membuatkan sy jadi tawar hati utk membaca novel-novel seperti ini lagi. Mana tak nye, plot utama yg ditulis kebanyakannya hampir sama dan pembaca biasanya boleh meneka apa yg akan berlaku selepas itu. In simple words - Langsung tak ada keunikan dan kelainan..! dan plot utama yang paling biasa diketengahkan oleh penulis-penulis baru ini ialah kisah percintaan selepas kahwin. Bermula dengan kebencian, kemudian by coincidence, terpaksa berkahwin, dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.. (Duh..! tolonglah buat sedikit kelainan dan keunikan.. penat nak bace cerita yg lebih kurang sama ni tau! )


Disebabkan itu, sy mmg serik nak membazirkan duit utk penulis-penulis novel yg sy tak kenal terutamanya penulis-penulis baru. Lalu sy mula menambh koleksi kpd buku-buku dan novel berbahasa inggeris. kenapa?? bukan saya tidak patriotik dgn buku-buku bahasa ibunda sy sendiri, tetapi memandangkan buku-buku berbahasa inggeris ini mempunyai kelainan dan keunikan yg tersendiri malahan kadangkala mempunyai pengisian yg sgt bagus, lalu ia memberi kepuasan kepada minda sy yg sentiasa inginkan kelainan dan keunikan.


Lalu? mengapa sy ingin mencari novel melayu pula cuti ini? Jawapannya, kerana tak semua novel-novel melayu itu termasuk dlm kategori yg saya kisahkan tadi. masih banyak penulis-penulis novel melayu yg sgt berbakat seperti Faisal Tehrani, Aina Emir, A.Ubaidillah Alias, dan ramai lagi penulis-penulis lain . Dan penulis-penulis ini ibarat mutiara di dalam lumpur.. walaupun digenangi lumpur.. ia tetap berharga dan bernilai...


Nak tahu buku apa yg sy teringin sangat hendak sy baca kali ini?

Buku dari seorang jurutera dan penulis berbakat John Norafizan yg bertajuk Garis-Garis DejaVu.



Pertama kali sy mula mengenali nama John, ialah melalui sajaknya yg bagi saya sgt superb! sajak yang juga bertajuk Garis-Garis Deja Vu ini memang sgt saya minati. Mulanya sy sangkakan beliau sememangnya seorang pemuisi - bukan seorang novelis. Namun ternyata sangkaan sy meleset. Rupanya beliau ialah seorang novelis dan seorang jurutera..! apabila sy membaca review novel ini dari pembaca-pembaca lain, sy menjadi tak sabar untuk turut sama menghayati dunia ciptaan John di dalam novel terbarunya ini. Melalui sedikit review, Bahasa yang digunakan John sy kira menepati citarasa seni saya. Selebihnya.. sy belum layak untuk komen apa-apa selagi sy belum benar-benar membaca dan menghayati novel ini.



Oleh itu.. benarkan sy membaca novel ini dulu. =p

kemudian insyaAllah akan sy review novel ini sesudah selesai membacanya..



Note: nampaknya akan bertambah satu lagi buku di bookshelf saya yg menanti untuk dibaca .. eheh.. hum.. takpe2.. sy mesti curi masa utk habiskan buku2 tu semua. Sbb kesemuanya pun sy suka... =p

Akhirnya... 8/07/2008 11:47:00 PM

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat yang Esa.. kerana dengan limpah kurniaNya... pada hari ini... (dgn penuh bgga idung kembang sikit.. hiks )


SY TELAH BERJAYE UJIAN MEMANDU ARINI..!!!!


tehehe... ade ala2 intro penghargaan kat scrap book tak.. hikhik. adeyh... ter"exaggerate" laks. aheh. Aceli I really don't want to reveal this, tapi memandangkan ade skit manfaat untuk anda semua.. saya gagahkan jugak jari-jemari saye nih menulis..
Jgn salah paham.. bukan sy tanak reveal ttg sy lulus ujian memandu.. =) tapi yg sy maksudkan ialah realiti disebalik ujian memandu yg sy lalui.


Dan...Dengan pnh rasa rendah diri (yg dah sememangnye rendah ni..) dan rasa rendah hati, sy announce kat cni, yg ujian memandu yg sy attend harini sbnrnye adelah kali yang ke-3... eheh... its something really bitter to say rite?
thats why la sy sgt2 gembira harini. (lumrah manusia, apabila pernah gagal sekali atau berkali2 gagal, kejayaan yg dirasai sesudah itu pasti akan terasa sgt manis...)

Semasa kali kedua sy gagal... sy rase sedih yg teramat.. bukan saja sy rugi masa, malahan terpaksa tambah bayaran dari yg sepatutnya sebanyak RM240! (termasuk byrn utk ujian ketiga) Masa tu, sy btul2 rase tanak bgtau sesiape pun ttg tu. rase malu sgt2. terpaksa bgtau emak pun sbb mak telefon tanya result ujian. Mujur mak tak marah. Sy sgt beruntung mempunyai ibu yg tak suka menekan saya. Terimakasih emak..

Then, sy motivate diri sendiri... and said to myself..
"Za, there's a reason why things turn to be that unwanted way. U are absolutely not a loser! pasti ada hikmah disebalik apa yg terjadi. Failures will not be mine forever!! U can do it!!"

Sy pujuk diri sendiri, motivate diri sendiri supaya tak sedih dn mengalah. Dan alhamdulillah, hari ini sy berjaya. walaupun bukanlah suatu kejayaan yg besar untuk dibanggakan, sekurang-kurangnya ia mengajar sy yg sy takkan gagal selama-lamanya.

Bila sy fikir2kan kembali psti ada hikmah disebaliknya, hati jadi sejuk. Mungkin sy benar2 tak cukup layak untuk dianugerahkan lesen memandu pd ketika tu. Siapa tahu jika sy akan menyebabkan kemalangn di kemudian hari(naudzubillahiminzalik..) hanya kerana ketidakcekapan sy memandu dgn berhemah? Siapa tahu kan?

Sesungguhnya tuhan menjadikan sesuatu itu bersebab.. dan bila mengingatkan itu, hati sy terubat. Dan hari ini, sy pergi ke tempat ujian memandu dgn hati yg penuh yakin and keep saying to myself the quote from Will Durant:

"Forget mistakes. Forget failure. Forget everything except what you're going to do now and do it. Today is your lucky day"

Dan Alhamdulillah... akhirnya penantian saya berakhir dengan buah yg manis...
And now what..? hehehe... masih ada isu lain yg ingin dikongsikan disini yg berkisar ttg ujian memandu sy.. just wait a little bit. insyaAllah ia akan berada di "pasaran" soon.. =p

till then,
tadaaa...

JPJ TesT... ohoho.. 8/06/2008 09:29:00 PM

Harini agak penat, coz siang tadi pagi sampai ke petang stay dekat Driving School.. uhuhu.. malu neh dah tue2 baru nak amek lesen mandu. ehehe. Aceli sy wat 2 session, tu yg stay pagi ptg tu.. So.. penat + bosan. Nasib baik ader bawak my book yg blm dikhatamkan lagi. Takde la bosan sgt menunggu...











lagipun sok nak test JPJ.. humm.. challenging neh. takpe2.. sy mesti boleh wat punye. InsyaAllah... doakan sy ye..

Sy ingt satu pesan from someone..

"Do your best, Don't try your best..! "


humm.. trime kasih ye that someone.. sy akan slalu ingt pesan tu.. do pray for me k...



Aceli ade issue pnjg lebar ttg my driving school experience yang nak dikongsikan... tp takpe.. nnt sy post dlm entry lain. Harini tak berapa sempat coz ade byk yg menunggu diselesaikan. lagipun esok nak menghadap JPJ yg ala-ala "bengkeng" tu pulak. haha.. Doakan sy k...

Special - Double Intro 8/05/2008 06:04:00 PM

Its been so long i'm not updating my blog (about a year!). In fact, I even delete several entries I've posted.I don't know why am I doing such things. Is it bcoz I am not confidence with myself? or... am I regretting the whole thing?why is it difficult for me to be persistent on doing something? Is it that difficult to be persistent on something with ceaseless enthusiasm? Its hard to figure out the real reason.But one thing that I knew now.. i really really want to change.Change this bad attitude of mine ; be confidence with myself, be persistence in everything I do,and putting away every single fear,doubts and indecision which keep haunting me everyday.May Allah bless me and help me to find way to the very peak of my dreams.. Ameen.

Today, I have made up my mind to continue blogging and share with whoever readers of this blog , if not much, at least a smallpieces of good lesson from experiences.Right now,I feels so eager to continue blogging and leave a trail on what had/will happened on my journey to success..! To Succeed in every challenge encounter my daily life which seems somewhat different than before.
Have a nice day to everyone.. and if it happened u're reading this blog and feeling like leaving me any comments,encouragement,or any opinions.. please feel free to do so.. =)