Salam Aidilfitri.... 9/30/2008 06:26:00 AM


Salam Aidilfitri semua.. Esok kita semua akan menyambut Aidilfitri - hari yang mulia, hari yang menggembirakan semua. Saya sekarang telah berada di kampung. Sebab itu agak lama blog ini tak di update. Ini pun curi-curi melayari internet dirumah. walaupun internet connection begitu perlahan, hmm.. boleh la.. bersyukur aje dengan apa yang ade.. betul tak? =)


Sebentar lagi, hari ini akan menjadi hari yg sgt sibuk.. nak smbg mengemas rumah luar dan dalam, sesi buat kuih raye yg belum habis, dan tolong emak memasak untuk juadah hari esok... hmm.. such a busy day kan??

Saya percaya anda juga mcm saya.. almaklumlah.. esok raya.. kalau boleh, semua pun ingin kelihatan cantik dan sempurna. Harap puasa dan raya anda semua thn ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..


So, di kesempatan yang sedikit ni, saya memohon ampun dan maaf kepada teman-teman dan sesiapa yang mengenali saya, juga anda semua yang sudi membaca setiap warkah kata dari blog ini. Kiranya ada terkasar bahasa,tersalah menduga, atau tersilap kata yang tidak menyenangkan hati dan membuatkan anda terasa , maafkan saya, maafkan saya..insan kerdil hamba tuhan yang daif dan banyak melakukan kesalahan ini....

Dan, salam Aidilfitri...



p/s: And, to somebody yang selalu jauh.. , Selamat menyambut lebaran.. semoga berbahagia selalu..walau dimana berada di Aidilfitri ini.

Secangkir udara, setitis doa... 9/23/2008 02:23:00 AM


Berikan aku udara,
Agar aku bisa menghela nafas,
Dicelah-celah lelah perjuangan ini..

Titipkan aku doa,
Agar aku bisa tabah,
Menghadapi saat getir,
Yang bakal menjengah..

Honesty..? ~ It's really good but... 9/17/2008 03:53:00 AM

Yesterday, i've received a comment from an unknown commentator. This anonymous people gave a comment which i thought, very unpleasant (even it might literally bearable). His/her comment makes me felt offended, and for me, its really a rebuke..!

Yes, honesty is very good to many extent. It is important element in keeping good relationship with others. And honesty, is really good and needed when u want to admonish others about something immoral, or bad, with the intention to correct their mistakes ~ Even though u never know the shape of acceptance of those people upon your advices,opinion or judgement. And bcoz your aim is to correct others,regardless the way u talk or deliver your thoughts, its still for me - at least acceptable. (This actually should be done in smart and gentle manner ok..)

But what makes me felt so unpleasant with this anon people?? If he/she criticized my page, or my writings, or whatsoever i've done with this blog, i can openly accept his/her opinion. Unfortunately, it is crystal clear that, his/her honesty is not intended for admonishing me for any mistakes!, instead, he/she had physically rebuked something created by our Creator! ~ something that cannot be changed by us,His slave. What an ungrateful and ungraceful people he/she is!

Deja Vu 9/14/2008 01:16:00 PM


Jika engkau mahu,
Aku berdiam diri di padang pasir tidak bertanda ini,
Mengira bintang-bintang yang jauh sendirian,
Aku sanggup untuk melakukannya…

Seandainya engkau mahu,
Aku lari jauh ke tanah asing,
Terpinggir dari segala yang aku sayang,
Maka aku akan melakukannya,

Aku sanggup,
Hanya bila engkau ada,
bersama-sama ku saat itu…
(sehingga tidak ada lagi masa yang tertinggal di dunia ini)

~ John Norafizan

What should I do..? 9/09/2008 12:15:00 PM

"What is the most important thing that you should do right now? It's easy to figure out the answer--the most important thing is usually the item you least want to do. So jump on it. Get it out of the way. Then go on to the next thing you don't want to do and get rid of that item by completing it. You'll be amazed at how it frees your spirit no to have them hanging over you."

-- Tom Hopkins

~ My Sunshine ~ 9/06/2008 12:08:00 PM

Recently, while I'm on holiday, we've got family gathering in Pahang. All my siblings were coming back home for this gathering. Glad that we're together again since we can't frequently have a time like this. Actually, they're back for the occassion - Menyambut early Ramadhan together dan penyembelihan 2 ekor lembu utk dijual... hehe

So.. here are some cute latest pics of my nephews and nieces..


This is our cute little Hayyie whom we called adik Hayyie.


>>> He's got very sexy lips kan? ~Angelina Jolie's lips . haha..



Very the cute one! huhu...



Hafiz ~ Hayyie's elder brother






This is Daniel and his thousand cute-funny faces


>>> He's got very long eyelashes u know! leh masuk iklan maskara Maybelline nih.. haha




Daniel and his elder brother, Aiman

>>> Uhuhu.. love this pic =)




These are Hafiz and Fareez.. they are cousin!

>>> Makan ape tu Hafiz?



This is Syaheem and his Wall-E shirt

>>> Uhuhu.. dari haritu Acu tgk Syaheem asyik pakai t-shirt Wall-E nih. haha..


This is Syafi ~ Syaheem's younger sister >>> Ololo comeynye embam nih.. hikhik


Syasya and Aisyah


SuperHeroes ~ Syaheem, Aiman, Irfan, and Syazwan
#Updated below: new pics grabbed from their mom

Syafi's smile...

Syasya,syaheem n Syafi

Hmm.. these are actually only several number of my nieces and newphews.. ade ramai lagik sebenarnye..~ 22 .. hehe

Yummy..! ~Home made Chicken Chop 9/03/2008 10:23:00 PM

Alhamdulillah, dah nak masuk hari keempat umat Islam di Malaysia berpuasa. Selamat mengimarahkan bulan penuh keberkatan ni..

Semalam, puasa kedua, saya telah berjaya membuat home made chicken chop. huhu.. gembira tak terkira. Saje nak cuba resepi Blackpepper Sauces yang saya dapat dari salah seorang kakak ipar saya.. tak sangka menjadik pulak... (hehe.. puji diri sendiri la pulak.. ceh)

So.. kat bawah ni sempat la sy snap pic Chicken Chop yang telah di "decorate" tk seberape sebelum saya ngap chicken chop nih waktu berbuka.. hehe



hmm.. so how..? look delicious tak? =)

Garis-Garis Deja Vu - Part II 9/02/2008 08:34:00 AM

Novel ini bukan seperti novel-novel cinta yang selalu saya baca. Ianya unik, punyai perasa tersendiri yang tak ada dimana-mana kecuali dalam dunia cinta ciptaan John ini. Membaca karya JN ini membuatkan saya sering tertanya apakah kesudahan bagi setiap watak-wataknya. Kerana pada awalnya,pembaca akan merasakan tidak ada apa-apa kaitan pada setiap watak yang dikisahkan. Tetapi hakikatnya, hubungan antara watak-watak tersebut adalah amat dekat!

Saya suka dengan plot novel ini yang digarap kemas dan tidak mendatar.Setiap bab mempunyai "peak" tersendiri yang membuatkan saya ingin terus menyambung pembacaan helaian demi helaian.Saya percaya saya tak berlebihan bila berkata begini.Kerana sudah banyak novel lain yang saya baca, yang membuatkan saya berasa bosan kerana plotnya yang mendatar dan tidak ada kejutan.Kalau ada pun, biasanya saya sudah boleh meneka apa kesudahannya.(dan biasanya saya tak akan ulang baca lagi novel seperti ini!)
Well Done John Norafizan! =)

Dan disini, saya persembahkan review dari novel GGDV yang telah memikat hati saya ini!



Ini bukan cerita cinta biasa. Ini adalah sebuah kisah pelarian, kisah pengembaraan mencari cinta yang hilang. Mencari cinta agung yang tersemat dalam setiap jiwa Ashraf, Nini, Suraya dan Damien.Dan Pencarian inilah yang membawa setiap wataknya bertemu keajaiban-keajaiban tuhan yang Maha Esa..yang Maha mengatur segala sesuatu.Kisah ini menyaksikan dua benua,tiga negara, yang menyimpan kisah duka empat jiwa, dengan satu takdir yang tersimpul mati!

Kata Rumi:
"Pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya, Mereka sudah bersama sejak dari azali lagi.."

Kata Rumi, jika engkau dapat bersama-sama dengan orang yang kau cintai, bersatu dalam satu nafas, maka dalam satu saat itu, engkau akan menemui takdir yang sebenar. Rumi berpesan supaya jangan sesekali melepaskannya. Jangan rosakkan cinta yang hakiki. Kerana ia hanya akan datang sekali dan tidak mungkin kembali buat kali yang kedua."

~Ashraf
Pengembaraan mencari Lailanya yang hilang setelah sepuluh tahun terpisah membawanya kebumi Jordan, membelah kehidupan nomad padang pasir tandus yang tak pernah terfikir akan dilalui olehnya.Setelah Nini disahkan mengandung, mengapa Ashraf tega meninggalkan isterinya itu demi mencari Lailanya kembali? Menyusuri pepasir gersang dan tandus mencari jejak-jejak Laila yang tidak dapat dipastikan kewujudannya di bumi tuhan ini lagi.. Masihkah ada harapan untuk Ashraf kembali bertemu dengan cintanya? Pengembaraan Ashraf tidak terhenti di Jordan. Kakinya terus melangkah meneruskan satu lagi pencarian di bumi Manchester,demi menyatukan seorang anak kecil bernama Sulaiman dengan babanya (ayahnya). Dan pencarian ini, membawa Ashraf kepada takdir yang sama sekali tidak pernah terduga olehnya.!

"Takdir kita sudah jauh Ashraf, kita tidak mungkin akan bersama lagi walaupun siapa tahu
ketentuan takdir..Kadang-kadang kuasa cinta itu berjaya menepis segala petaka" Tutur kata Laila bagaikan alunan pusaran Bimasakti yang membuatkan degupan nadinya bersatu dengan alam.

"Pergilah engkau di tempat dimana matahari terbenam.Apabila hati kau penuh dengan kepedihan. Dan kau akan bertemu dengan aku disana..." beritahu Laila seraya melangkah pergi. Dia tidak menoleh walau sedikit pun ke arah Ashraf.

~Nini
Demi tuhan, Nini nekad untuk menjejaki Ashraf di bumi Jordan. Biarpun dia tahu kisah cintanya mungkin akan berakhir disana, dia tetap ingin meneruskan pencariannya. Dia harus meleraikan rindu dan dosa yang tidak tertanggung lagi olehnya, biar apapun yang bakal dihadapi. Dan perjalanan Nini ke Jordan telah menyaksikan dia melalui satu tragedi yang benar-benar melumatkan cintanya.. hingga mati!
"Dosa apa yang kau lakukan sampai suami kau nak tinggalkan kau bila kau dah susah payah
cari dia macam ni?" sindir Numair. Lelaki itu tersenyum mengejek. Tetapi tiba-tiba wajahnya berubah. Numair seperti terperanjat. "Jangan beritahu aku yang kau dah..." Numair tak dapat menghabiskan kata-katanya.

~Suraya
Begitu mahalkah harga sebuah cinta manusia, hingga dia sanggup menggadaikan agama,mengorbankan keluarga,dan mencemar maruah dirinya? Cinta seorang lelaki inggeris benar-benar memerangkap Suraya ke jurang dosa yang tak tertanggungkan. 7 tahun suraya hidup terumbang-ambing , mencari jalan hidup terbaik yang bisa menenangkan hati dan jiwanya. Namun dia gagal. Gagal bertemu dengan apa yang dicarinya sekian lama. Tetapi mujur..mujur Dia adalah Tuhan yang maha penyayang, Maha mengasihani hamba-hambaNya.Suraya akhirnya bertemu dengan keajaiban-keajaiban Tuhan yang tidak dapat dibuktikan dengan ilmu sains yang diagung-agungkannya,jauh sekali terjangkau dek akalnya
.

"Bukankah kau selalu merintih setiap malam tentang kehidupan kau yang kosong itu? Dalam pekat
malam dan dingin salji yang turun, dinding-dinding mendengar kau berbicara tentang nasib malang kau. Tentang kehidupan ini yang tidak ada makna lagi. Tentang ketenangan jiwa yang hilang. Atau adakah engkau masih mahu menafikannya?"


~Damien
Anak kecil berumur 10 tahun ini terpaksa melalui ujian dan keperitan hidup yang tidak dilalui oleh kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Baba yang disayangi meninggalkannya dalam keadaan uminya terlantar koma dihospital. Dia terpaksa menjalani hidup sendirian,menguruskan diri sendiri seperti seorang dewasa. Sungguh,Damien terlalu merindukan belaian kasih-sayang umi dan babanya. Dan Kerana rindu itulah,dia nekad mencari babanya walau terpaksa menempuh perjalanan yang menakutkan-bagi seorang anak kecil sepertinya.

Dan dia juga tidak tahu sama ada mahu menangis lagi ataupun tidak. Segala-galanya bagai mimpi.Bagai sesuatu yang tidak masuk dek akal. Sesuatu yang tak mungkin terjadi dalam kehidupan kanak-kanak sepertinya. Bagaimana seorang budak berumur 10 tahun dapat hidup tanpa seorang ayah dan ibu? Dan kemudian tinggal di dalam rumah besar yang tidak berpenghuni? Oh!
segala-galanya sukar dan berantakan. Tetapi apabila melihat kembali duit 2000
paun yang ditinggalkan baba semalam, Damien tahu dia tidak bermimpi..

Selebihnya..? hmm.jika anda rasa teruja dengan review diatas, silakan membaca GGDV..=)