Disebalik Tabir 5 jan 2009 12/29/2008 09:20:00 AM


5 January 2009,

Tarikh keramat ini akan saya ingati sampai bila2. Kerana pada tarikh inilah,
saya benar-benar melangkah ke alam pekerjaan. Tidak ada lagi nota kuliah,
tidak ada kelas yang perlu dihadiri, tidak ada tugasan makmal, tidak ada lagi kesemuanya! Yang ada hanyalah memori, ilmu, dan pengalaman berharga yang saya lalui sepanjang saya belajar di universiti.

Kini, saya telah melangkah setapak lagi ke hadapan, kearah tujuan dan cita-cita saya.
Saya harus menjadi seorang yang "dewasa". Dewasa dari segi pemikiran, tindak-tanduk
dan membuat keputusan (ngee.. dewasa ke..?? =))

Semasa saya balik dari Johor ke Pahang (setelah selesai segala urusan saya di Universiti- termasuk submit tesis dan penghantaran brg2 sy balik kerumah. Tq abg chik n kakchik for your help..) saya sebenarnya bercadang untuk berehat dirumah selama lebih kurang satu atau dua bulan. Kemudian barulah bercadang untuk mula bekerja. Pun begitu, saya tetap cuba mencari2 pekerjaan yang sesuai di jobstreet dan lain2 web. Yelah, proses untuk dipanggil temuduga kadangkala mengambil masa yang lama. Jadi apa salahnya saya memohon terlabih dahulu. Dan, saya berfikir agak mustahil untuk saya dipanggil temuduga dalam masa terdekat.

Ternyata sangkaan saya meleset. selepas seminggu saya menghantar permohonan, saya mendapat panggilan telefon dari salah sebuah syarikat yang mana bidang kerja yang saya pohon di syarikat ini tidak ada kene mengena langsung dengan bidang pelajaran saya semasa di Universiti. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk memenuhi panggilan temuduga ini dengan sepenuh hati. Semuanya kerana nasihat abang saya yang mahukan saya mencari pekerjaan yang berkaitan bidang pelajaran saya. Menurutnya dengan itu, masa depan saya akan lebih terjamin. Dan disebabkan itu juga, saya mula terfikir untuk tidak mengambil serius dengan panggilan temuduga ini, demi menunggu panggilan temuduga dari syarikat berkaitan RS-GIS.

Tetapi kemudiannya saya mula terfikir. Mengapa saya harus berfikiran seperti itu? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? saya telah berjanji dengan diri saya, yang saya akan memberi yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan selepas ini. Saya telah pun memohon pekerjaan dengan Syarikat E. Apa yg mendorong saya memohon kerja di syarikat ini? sudah tentu kerana saya sgt berminat dengan perniagaan dan saya ingin
mula berkecimpung dengannya. Jadi mengapa saya harus menyerah kalah sebelum berjuang..??? Saya yang menentukan halatuju hidup saya dan saya ingin melakukan apa yang saya suka dan minat, tidak salah untuk saya mencuba bukan?? Allah itu maha kaya dan adil. Rezekinya ada dimana-mana. Asalkan berusaha, pasti Dia akan memberikan yang setimpal dengan usaha hambaNya.

Lalu saya katakan pada diri saya, yang saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk pekerjaan ini. (Bermula dengan temuduga, hinggalah kepada pekerjaan yang ditawarkan -andai saya diterima).
12 Disember, saya telah menghadiri temuduga tersebut. Ini adalah temuduga pertama saya dan saya ingin melihat andai saya berjaya 'menjual" potensi diri saya pada syarikat ini.

Pada hari temuduga (thanks Nini for your help..), anda tahu berapa lama masa yg diambil
untuk temuduga tersebut?? lbh kurang satu jam setengah!! patutla saya rasa mcm lama semacam je saya dalam bilik tu. Sya sendiri pun tak perasan sebnarnya. Tapi bila saya keluar dari bilik trsebut, dan melihat jam ditangan, baru saya perasan saya telah berada dalam bilik tersebut lbhkrg 1 jam setengah. aheh. Perasaan saya.??? haha.. tak terkata.!! Saya sudah cuba melakukan yang terbaik, dan saya bertawakal pada Allah. Setiap keputusan yang bakal saya peroleh, akan saya cuba terima dengan hati terbuka..

Isnin, 15 Disember, semasa saya dalam perjalanan balik dari JB kerana sedikit urusan universiti, saya diberitakan dengan khabar gembira yang mengatakan saya diterima bekerja di syarikat tersebut!! Alhamdulillah... sungguh besar nikmat dan rahmat Tuhan. Setelah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, saya memutuskan untuk menerima tawaran pekerjaan tersebut. Lagipun, dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, ramai yang telah dan bakal hilang pekerjaan. Jadi saya tak harus terlalu memilih pekerjaan. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

I give myself about 3 - 6 months probation period for this job. Whether or not I will success with this job..?, just wait and see...

The Real One.. 12/20/2008 01:26:00 AM

Huhu..it's been quite long I didn't update this blog after my last entry. Forgive me for not fulfilling my promise to continue on the book I mention before. It's really not my intention to do so. There are some important matters I have to deal with lately.. (plus the condition of internet connection difficulties, and also my notebook yang mengade2 mintak di-format..!adess, semua tu menambahkan lagi sebab untuk tidak mengupdate blog. heheh.. haila.. manusia.. byk btul alasan. =)

Hum.. well, let them be. no need to pikir banyak2 ttg tu. hehe.InsyaAllah saya akan teruskan entry2 ttg that book. but unfortunately, not now. =(

Here, I have an announcement to make.!!

I am very happy rite now because I've already been hired! huhu.. what kind of job? what company??where is it located?? hmm.. that is private and confidential..=)
All I can say, I am not working with my study-related company. Kadang2 rase penat juge mengadap komputer wat analysis image hari2 kan?.. heheh. So, I try to find the job which match my interest in business. It's kinda tough actually, but I'll give all out myself to this job.I really want to see whether or not I can cope with this job. The most important, I want to gain experience, building networking,grounding broad business knowledge and improve my spoken english.


U know what, this is my very first interview.. and now, it becomes my first ever job! Betul2 tak sangka. Alhamdulillah.. Tuhan telah mempermudahkan jalan for me dan
memberi rezeki yang melimpah ruah di bumiNya. Syukur Alhamdulillah...

5th January 2009 will be my first day being an employee... wish me luck k..