| Disebalik Tabir 5 jan 2009 | 12/29/2008 09:20:00 AM |
|
comments (4)
Filed under:
Heart - Beat,
Personal Chronicles
|
|
Tarikh keramat ini akan saya ingati sampai bila2. Kerana pada tarikh inilah,
saya benar-benar melangkah ke alam pekerjaan. Tidak ada lagi nota kuliah,
tidak ada kelas yang perlu dihadiri, tidak ada tugasan makmal, tidak ada lagi kesemuanya! Yang ada hanyalah memori, ilmu, dan pengalaman berharga yang saya lalui sepanjang saya belajar di universiti.
Kini, saya telah melangkah setapak lagi ke hadapan, kearah tujuan dan cita-cita saya.
Saya harus menjadi seorang yang "dewasa". Dewasa dari segi pemikiran, tindak-tanduk
dan membuat keputusan (ngee.. dewasa ke..?? =))
Semasa saya balik dari Johor ke Pahang (setelah selesai segala urusan saya di Universiti- termasuk submit tesis dan penghantaran brg2 sy balik kerumah. Tq abg chik n kakchik for your help..) saya sebenarnya bercadang untuk berehat dirumah selama lebih kurang satu atau dua bulan. Kemudian barulah bercadang untuk mula bekerja. Pun begitu, saya tetap cuba mencari2 pekerjaan yang sesuai di jobstreet dan lain2 web. Yelah, proses untuk dipanggil temuduga kadangkala mengambil masa yang lama. Jadi apa salahnya saya memohon terlabih dahulu. Dan, saya berfikir agak mustahil untuk saya dipanggil temuduga dalam masa terdekat.
Ternyata sangkaan saya meleset. selepas seminggu saya menghantar permohonan, saya mendapat panggilan telefon dari salah sebuah syarikat yang mana bidang kerja yang saya pohon di syarikat ini tidak ada kene mengena langsung dengan bidang pelajaran saya semasa di Universiti. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk memenuhi panggilan temuduga ini dengan sepenuh hati. Semuanya kerana nasihat abang saya yang mahukan saya mencari pekerjaan yang berkaitan bidang pelajaran saya. Menurutnya dengan itu, masa depan saya akan lebih terjamin. Dan disebabkan itu juga, saya mula terfikir untuk tidak mengambil serius dengan panggilan temuduga ini, demi menunggu panggilan temuduga dari syarikat berkaitan RS-GIS.
Tetapi kemudiannya saya mula terfikir. Mengapa saya harus berfikiran seperti itu? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? saya telah berjanji dengan diri saya, yang saya akan memberi yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan selepas ini. Saya telah pun memohon pekerjaan dengan Syarikat E. Apa yg mendorong saya memohon kerja di syarikat ini? sudah tentu kerana saya sgt berminat dengan perniagaan dan saya ingin
mula berkecimpung dengannya. Jadi mengapa saya harus menyerah kalah sebelum berjuang..??? Saya yang menentukan halatuju hidup saya dan saya ingin melakukan apa yang saya suka dan minat, tidak salah untuk saya mencuba bukan?? Allah itu maha kaya dan adil. Rezekinya ada dimana-mana. Asalkan berusaha, pasti Dia akan memberikan yang setimpal dengan usaha hambaNya.
Lalu saya katakan pada diri saya, yang saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk pekerjaan ini. (Bermula dengan temuduga, hinggalah kepada pekerjaan yang ditawarkan -andai saya diterima). 12 Disember, saya telah menghadiri temuduga tersebut. Ini adalah temuduga pertama saya dan saya ingin melihat andai saya berjaya 'menjual" potensi diri saya pada syarikat ini.
Pada hari temuduga (thanks Nini for your help..), anda tahu berapa lama masa yg diambil
untuk temuduga tersebut?? lbh kurang satu jam setengah!! patutla saya rasa mcm lama semacam je saya dalam bilik tu. Sya sendiri pun tak perasan sebnarnya. Tapi bila saya keluar dari bilik trsebut, dan melihat jam ditangan, baru saya perasan saya telah berada dalam bilik tersebut lbhkrg 1 jam setengah. aheh. Perasaan saya.??? haha.. tak terkata.!! Saya sudah cuba melakukan yang terbaik, dan saya bertawakal pada Allah. Setiap keputusan yang bakal saya peroleh, akan saya cuba terima dengan hati terbuka..
Isnin, 15 Disember, semasa saya dalam perjalanan balik dari JB kerana sedikit urusan universiti, saya diberitakan dengan khabar gembira yang mengatakan saya diterima bekerja di syarikat tersebut!! Alhamdulillah... sungguh besar nikmat dan rahmat Tuhan. Setelah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, saya memutuskan untuk menerima tawaran pekerjaan tersebut. Lagipun, dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, ramai yang telah dan bakal hilang pekerjaan. Jadi saya tak harus terlalu memilih pekerjaan. Sekurang-kurangnya buat masa ini.
I give myself about 3 - 6 months probation period for this job. Whether or not I will success with this job..?, just wait and see...
| Sedikit masa lagi | 11/08/2008 10:05:00 PM |
|
Filed under:
Heart - Beat,
My Daily Diary
|
|
Dan lepas ni, saya akan meninggalkan alam study dan memasuki alam pekerjaan pula. Kerjaa..??? ngeeee.. sebut tentang kerja.. saya mula terfikir tentang banyak perkara. Bagaimana agaknya perjalanan hidup yang akan saya lalui selepas ini ? Apakah cita-cita besar saya akan tercapai kelak..?? Hmm.. Sudah pasti banyak cabaran yang menanti, banyak halangan yang bakal dihadapi. Dan saya tahu saya hanya perlu melakukan satu benda, iaitu melakukan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik. Semoga saya akan melaluinya dengan hati yang tenang
Well, here are an inspiring quote untuk saya, dan untuk anda semua...
"Whatever you do, you need courage. Whatever course you decide upon, there is always someone to tell you that you are wrong, There are always difficulties arising that tempt you to believe your critics are right. To map out a course of action and follow it to an end requires some of the same courage that a soldier needs. Peace has its victories, but it takes brave men and women
to win them."~Ralph Waldo Emerson
Till then,
| Detik-detik terakhir... | 10/28/2008 09:37:00 PM |
|
Filed under:
Heart - Beat,
Lovely Poems
|
|
Detik perjuangan ini hampir selesai..
Hampir sampai ke titik noktahnya
Tetapi,
Noktah ini bukan noktah pengakhiran
Ia noktah permulaan
Permulaan kepada
Pendakian yang lebih tinggi..
Permulaan kepada
Kembara yang tiada akhirannya...
| ~Less than snippets | 10/23/2008 10:32:00 PM |
|
Filed under:
Heart - Beat
|
|
Sometimes, there are time when you feel totally lost..
Lost something or someone..
which you yourself didn't even know why..
Either why did u have to suffer such a loss..
or why did u have to feel like losing them..
or why they must be lost..???
And those why's are so irritating
when u're totally lost to comprehend
what reality has told you..
| The End ~ | 10/09/2008 05:50:00 PM |
|
Filed under:
Heart - Beat
|
|
Right now, I long for this busy+stress+pressure+nervous time to END quickly... before starting a brand new beginning of life...
Please pray for me.. to pass all these "trials" and obstacles ahead..
| Secangkir udara, setitis doa... | 9/23/2008 02:23:00 AM |
|
Filed under:
Heart - Beat,
Lovely Poems
|
|
Berikan aku udara,
Agar aku bisa menghela nafas,
Dicelah-celah lelah perjuangan ini..
Titipkan aku doa,
Agar aku bisa tabah,
Menghadapi saat getir,
Yang bakal menjengah..

