| ~ My Sunshine ~ | 9/06/2008 12:08:00 PM |
|
comments (0)
Filed under:
My Daily Diary
|
|
This is our cute little Hayyie whom we called adik Hayyie.
Very the cute one! huhu...
This is Daniel and his thousand cute-funny faces
This is Syafi ~ Syaheem's younger sister >>> Ololo comeynye embam nih.. hikhik
.jpg)
Syafi's smile...

Syasya,syaheem n Syafi
Hmm.. these are actually only several number of my nieces and newphews.. ade ramai lagik sebenarnye..~ 22 .. hehe
| Yummy..! ~Home made Chicken Chop | 9/03/2008 10:23:00 PM |
|
Filed under:
My Daily Diary
|
|
Alhamdulillah, dah nak masuk hari keempat umat Islam di Malaysia berpuasa. Selamat mengimarahkan bulan penuh keberkatan ni..
Semalam, puasa kedua, saya telah berjaya membuat home made chicken chop. huhu.. gembira tak terkira. Saje nak cuba resepi Blackpepper Sauces yang saya dapat dari salah seorang kakak ipar saya.. tak sangka menjadik pulak... (hehe.. puji diri sendiri la pulak.. ceh)
So.. kat bawah ni sempat la sy snap pic Chicken Chop yang telah di "decorate" tk seberape sebelum saya ngap chicken chop nih waktu berbuka.. hehe
hmm.. so how..? look delicious tak? =)
| Garis-Garis Deja Vu - Part II | 9/02/2008 08:34:00 AM |
|
Filed under:
Its all 'bout BoOks..
|
|
Novel ini bukan seperti novel-novel cinta yang selalu saya baca. Ianya unik, punyai perasa tersendiri yang tak ada dimana-mana kecuali dalam dunia cinta ciptaan John ini. Membaca karya JN ini membuatkan saya sering tertanya apakah kesudahan bagi setiap watak-wataknya. Kerana pada awalnya,pembaca akan merasakan tidak ada apa-apa kaitan pada setiap watak yang dikisahkan. Tetapi hakikatnya, hubungan antara watak-watak tersebut adalah amat dekat!
Saya suka dengan plot novel ini yang digarap kemas dan tidak mendatar.Setiap bab mempunyai "peak" tersendiri yang membuatkan saya ingin terus menyambung pembacaan helaian demi helaian.Saya percaya saya tak berlebihan bila berkata begini.Kerana sudah banyak novel lain yang saya baca, yang membuatkan saya berasa bosan kerana plotnya yang mendatar dan tidak ada kejutan.Kalau ada pun, biasanya saya sudah boleh meneka apa kesudahannya.(dan biasanya saya tak akan ulang baca lagi novel seperti ini!)
Well Done John Norafizan! =)
Dan disini, saya persembahkan review dari novel GGDV yang telah memikat hati saya ini!
Ini bukan cerita cinta biasa. Ini adalah sebuah kisah pelarian, kisah pengembaraan mencari cinta yang hilang. Mencari cinta agung yang tersemat dalam setiap jiwa Ashraf, Nini, Suraya dan Damien.Dan Pencarian inilah yang membawa setiap wataknya bertemu keajaiban-keajaiban tuhan yang Maha Esa..yang Maha mengatur segala sesuatu.Kisah ini menyaksikan dua benua,tiga negara, yang menyimpan kisah duka empat jiwa, dengan satu takdir yang tersimpul mati!
Kata Rumi:
"Pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya, Mereka sudah bersama sejak dari azali lagi.."
Kata Rumi, jika engkau dapat bersama-sama dengan orang yang kau cintai, bersatu dalam satu nafas, maka dalam satu saat itu, engkau akan menemui takdir yang sebenar. Rumi berpesan supaya jangan sesekali melepaskannya. Jangan rosakkan cinta yang hakiki. Kerana ia hanya akan datang sekali dan tidak mungkin kembali buat kali yang kedua."
~Ashraf
Pengembaraan mencari Lailanya yang hilang setelah sepuluh tahun terpisah membawanya kebumi Jordan, membelah kehidupan nomad padang pasir tandus yang tak pernah terfikir akan dilalui olehnya.Setelah Nini disahkan mengandung, mengapa Ashraf tega meninggalkan isterinya itu demi mencari Lailanya kembali? Menyusuri pepasir gersang dan tandus mencari jejak-jejak Laila yang tidak dapat dipastikan kewujudannya di bumi tuhan ini lagi.. Masihkah ada harapan untuk Ashraf kembali bertemu dengan cintanya? Pengembaraan Ashraf tidak terhenti di Jordan. Kakinya terus melangkah meneruskan satu lagi pencarian di bumi Manchester,demi menyatukan seorang anak kecil bernama Sulaiman dengan babanya (ayahnya). Dan pencarian ini, membawa Ashraf kepada takdir yang sama sekali tidak pernah terduga olehnya.!
~Nini"Takdir kita sudah jauh Ashraf, kita tidak mungkin akan bersama lagi walaupun siapa tahu
ketentuan takdir..Kadang-kadang kuasa cinta itu berjaya menepis segala petaka" Tutur kata Laila bagaikan alunan pusaran Bimasakti yang membuatkan degupan nadinya bersatu dengan alam."Pergilah engkau di tempat dimana matahari terbenam.Apabila hati kau penuh dengan kepedihan. Dan kau akan bertemu dengan aku disana..." beritahu Laila seraya melangkah pergi. Dia tidak menoleh walau sedikit pun ke arah Ashraf.
Demi tuhan, Nini nekad untuk menjejaki Ashraf di bumi Jordan. Biarpun dia tahu kisah cintanya mungkin akan berakhir disana, dia tetap ingin meneruskan pencariannya. Dia harus meleraikan rindu dan dosa yang tidak tertanggung lagi olehnya, biar apapun yang bakal dihadapi. Dan perjalanan Nini ke Jordan telah menyaksikan dia melalui satu tragedi yang benar-benar melumatkan cintanya.. hingga mati!
"Dosa apa yang kau lakukan sampai suami kau nak tinggalkan kau bila kau dah susah payah
cari dia macam ni?" sindir Numair. Lelaki itu tersenyum mengejek. Tetapi tiba-tiba wajahnya berubah. Numair seperti terperanjat. "Jangan beritahu aku yang kau dah..." Numair tak dapat menghabiskan kata-katanya.
~Suraya
Begitu mahalkah harga sebuah cinta manusia, hingga dia sanggup menggadaikan agama,mengorbankan keluarga,dan mencemar maruah dirinya? Cinta seorang lelaki inggeris benar-benar memerangkap Suraya ke jurang dosa yang tak tertanggungkan. 7 tahun suraya hidup terumbang-ambing , mencari jalan hidup terbaik yang bisa menenangkan hati dan jiwanya. Namun dia gagal. Gagal bertemu dengan apa yang dicarinya sekian lama. Tetapi mujur..mujur Dia adalah Tuhan yang maha penyayang, Maha mengasihani hamba-hambaNya.Suraya akhirnya bertemu dengan keajaiban-keajaiban Tuhan yang tidak dapat dibuktikan dengan ilmu sains yang diagung-agungkannya,jauh sekali terjangkau dek akalnya .
"Bukankah kau selalu merintih setiap malam tentang kehidupan kau yang kosong itu? Dalam pekat
malam dan dingin salji yang turun, dinding-dinding mendengar kau berbicara tentang nasib malang kau. Tentang kehidupan ini yang tidak ada makna lagi. Tentang ketenangan jiwa yang hilang. Atau adakah engkau masih mahu menafikannya?"
~Damien
Anak kecil berumur 10 tahun ini terpaksa melalui ujian dan keperitan hidup yang tidak dilalui oleh kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Baba yang disayangi meninggalkannya dalam keadaan uminya terlantar koma dihospital. Dia terpaksa menjalani hidup sendirian,menguruskan diri sendiri seperti seorang dewasa. Sungguh,Damien terlalu merindukan belaian kasih-sayang umi dan babanya. Dan Kerana rindu itulah,dia nekad mencari babanya walau terpaksa menempuh perjalanan yang menakutkan-bagi seorang anak kecil sepertinya.
Dan dia juga tidak tahu sama ada mahu menangis lagi ataupun tidak. Segala-galanya bagai mimpi.Bagai sesuatu yang tidak masuk dek akal. Sesuatu yang tak mungkin terjadi dalam kehidupan kanak-kanak sepertinya. Bagaimana seorang budak berumur 10 tahun dapat hidup tanpa seorang ayah dan ibu? Dan kemudian tinggal di dalam rumah besar yang tidak berpenghuni? Oh!Selebihnya..? hmm.jika anda rasa teruja dengan review diatas, silakan membaca GGDV..=)
segala-galanya sukar dan berantakan. Tetapi apabila melihat kembali duit 2000
paun yang ditinggalkan baba semalam, Damien tahu dia tidak bermimpi..
| Garis-Garis Deja Vu - Part I | 8/29/2008 11:46:00 AM |
|
Filed under:
Its all 'bout BoOks..,
Lovely Poems
|
|
Inilah puisi yang telah membuatkan keinginan saya membuak untuk membaca GGDV.. enjoy..!!.. =)
~Garis-Garis Deja Vu~
Malam itu,
Ketika kami melihat bintang pelayaran,
Dia tersenyum dan berkata,
Masanya telah tiba,
Untuk dia pergi,
Dan rinduku menghilang dari dataran padang pasir ini...
Aku cuba menafikan dan membalas,
Bahawa rinduku akan terus segar abadi,
Dan sejauh mana aku dan dia hilang di bumi tuhan ini,
Aku akan tetap terus menjejaki dia,
Merindui dia,
Bersama bintang pelayaran yang akan membawa kami pulang kesini...
Dia tertawa dengan seribu sendu,
Dan cuba meyakinkan aku,
Bahawa tidak ada jalan untuk takdir kami bersatu lagi...
Tetapi aku bersumpah,
Biar seribu tahun datang dan seribu tahun pergi,
Biar bintang terakhir gugur dan langit bimasakti ini tiada lagi,
Dan berganti dengan kegelapan infiniti,
Aku dan dia akan tetap disini,
Dan terus hidup untuk mengira kasih yang abadi...
Dia tertawa dengan seribu pilu,
Dan cuba menyedarkan aku,
Bahawa tidak ada jasad yang dapat bertahan sebegitu lama,
Aku dan dia akan menghela jua nafas terakhir kami,
Lalu cinta akan terkubur bila tidak ada lagi jasad yang membalas rindu...
Di padang pasir tidak bertanda ini,
Malam penuh bintang,
Mendakap bulan yang malu,
Aku termangu dalam sendu,
Dan aku tahu,
Dia telah pergi dan tidak akan kembali lagi...
Untuk satu saat itu,
Aku tahu,
Tidak ada perlunya aku hidup disini lagi...
~ John Norafizan
(Dipetik dari novel Garis-Garis Deja Vu)
p/s: Review novel..?? sabar ye.. =)
| Warkah buatmu ~ generasi pasca merdeka | 8/27/2008 12:07:00 PM |
|
Filed under:
Free Thoughts
|
|
Saya anak merdeka. Lebih tepat lagi - generasi pasca-merdeka. Generasi yang lahir ketika jerih perih kemerdekaan tidak lagi dirasai.Yang ada ialah segala kemewahan dan kesenangan yang telah mula bertapak di negara Malaysia tercinta ini. Tidak ada peperangan, tidak ada bunyi bom atau pesawat terbang yang menggegar lubang telinga dan mengganggu-gugat ketenteraman. Tidak ada wajah-wajah bengis askar-askar Jepun yang masuk kerumah membuat onar. Juga tidak ada kesusahan hidup yang menyebabkan saya terpaksa memakan ubi kayu atau biji cempedak yang ditanam dibawahrumah..!!(untuk simpanan sewaktu benar-benar darurat!).
Lumrah manusia, apabila mendapat sesuatu itu bukan dengan susah payah, maka mereka kurang menghargai.. Dan melaluinya juga, saya mula sedar betapa pentingnya kemerdekaan ini dipertahankan.! Jika sebelum ini,masih ramai generasi sebelum Merdeka yang hidup dan berkobar-kobar mempertahankan kemerdekaan,kini tidak lagi.Jika sebelum ini, generasi yang lahir sebelum merdeka masih mendominasi bilangan penduduk di Malaysia, tetapi kini setelah lebih 50 tahun merdeka,Saya pasti ramai dari mereka yang telah meninggal dunia (harus diingat generasi sebelum merdeka yang paling muda kini telah berumur 51 tahun..!!) Lalu siapa yang wajib mempertahankan dan menyambung perjuangan mereka kalau bukan
| Books..books..books... ~haih | 8/23/2008 06:58:00 PM |
|
Filed under:
Its all 'bout BoOks..,
My Daily Diary
|
|
Khamis.Pagi-pagi lagi saya dah bersiap. Bas pukul 8.30 pg.JB-Seremban.Kemana?Destinasi adalah kerumah abang saya di Senawang.Sungguh rasa tak sabar menunggu kedatangan hari khamis.Bukan tak sabar menunggu peluang utk balik bercuti, tetapi tak sabar hendak membeli Garis-Garis Deja Vu - Novel yang telah saya sebutkan sebelum ini =)
Sampai saja di Terminal One Seremban, tak lengah saya mencari apa yang dimahukan. Bersama seorang kawan, hampir-hampir saya berputus asa mencarinya di sekitar situ. Akhirnya bertemu jua dengan novel yg kucari-cari di Popular Bookstore.Suka yang tidak terhingga..=p
Dan semalam, semasa ke Jusco bersama abang and his family, tiba2 ternampak MPH sale yg begitu menggoda.Aheh (haila cik zaza.. payah tul!) Haih.. susah btul nak elak dari godaan macam nih. Banyak kali saya berfikir-fikir utk membeli satu lagi buku atau tidak. Namun jawapannya tetap sama..!ngeee... pasti anda sudah tahu jwapannya kan? yep.. I got one more book frm MPH yesterday. BUku ape ye? Buku yg dah lame nak dibaca tapi belum berkesempatan. >>> Rich Dad Poor Dad.
huhu.. mujur saya masih punya banyk masa utk membaca ,memandangkan perjalanan saya masih jauh untuk ke Melaka dan Kuantan selepas ini. Jadi,ruang-ruang masa yg ada semasa dalam perjalanan nnt taklah sia-sia begitu saja..
Ehe.. let me finished them all first.. then baru leh bagi review...=) insyaAllah..