| Anugerah Kudus dari Nya... | 3/08/2009 06:47:00 PM |
|
comments (0)
Filed under:
My Daily Diary
|
|
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari
pada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
(An-Nisaa' : 01)
| Hari yang memenatkan (i) | 3/03/2009 08:48:00 PM |
|
Filed under:
My Daily Diary
|
|
Sabtu 28 feb 2009
Hari ni, misi saya utk cari 2 benda penting. Penting sangat ke?? haha. sbb bagi saya ia adalah penting, maka pentinglah ia.. =P. Nak tahu ape 2 benda tu? 1. Buku (dah carik buku ni kat MPH Midvalley, n Kinokuniya KLCC, ade ke patut diorang cakap habes stock?? iskh3x.. punye la besar MPH n Kinokuniya tuh... sabo jele..) 2. Internet broadband. Dua benda ni, tak kire la camane pon.. mesti kene dapatkan jugak hari ni. baru pueh ati. Walaupun takde sorang pon member yang buleh dijadikan prospek untuk menemani diri ini, saya tetap gagahkan diri dan kaki untuk melangkah semata2 memenuhi hajat dihati.. So.. dengan keazaman yg terpahat kukuh dihati, saya bercadang untuk ke Berjaya Times Square semata - mata untuk mencari judul buku that i want it soo.. badly. And sambil2 tu, bolehlah cari pakej broadband yang paling sesuai kat outlet2 broadband yang ade.
3.15ptg
Bertolak ke T. Square. Destinasi saya hanyalah Borders dan tidak ada selain dari itu. Cari punya cari, mujurlah kat situ masih ada buku yang dicari2.. dahla tu, siap dengan ade offer 3 for 2 lak tuh. huh. apalagi? rambang mate la saya jadiknye.. haih.. last2.. I end up dengan membeli 3 buah buku dengan membayar harga 2 buah buku saje... almaklumlah.. 3 for 2..
Dah bape hari carik buku tu, hari ni baru jumpe. mane tak hepinye.. haha. (haih, gile beli buku btol. ekeke. ) padahal sehari sebelum tu baru je beli satu novel kat Kinokuniya. kalau dicampur semua, dah jadi 4 buah buku semuanya.. huhu. semua pon blum sempat bace lagi. aheh.
HUm.. buku dah ade.. tapi broadband lom dpat lagi neh. So with that thought, saya bertolak balik ke KL sentral, sbb kat situ ada byk outlet2 internet broadband available. smpai KL sentral, cari punye carik, pakej yg pling best adalah Celcom. But the problem is.. the modem is too expensive! rm599! Oh my God.. what do i do? tu blm masuk bayar bil permulaan lagi tuh? huhuh. pikir punye pikir, kaki ni trus jek melangkah. tak sedar saye dah menuju ke stesen monorail yang baru ditinggalkan sekejap td. nak pg mane? >>> Plaza Lowyatt. kat situ je yg sy rase saye ade banyak pilihan yang boleh dibuat. hadeh.. tak pasal2 kene patah balik n jalan lagik.! huh. tak kesah la.. yg saya tau, hari ni saya mesti balik dgn buku n internet broadband!
sesampai di times Square semula, saye trjumpe satu outlet celcom broadband di bridge yang menyambungkan Times square dengan bangunan dihadapannya. do you know how much is the price of the same modem that I've been offered at KL sentral? its now rm399! huih. beza rm 2oo! iskh2.. very surprising. then i went to Lowyatt, pusing punya pusing, atas bawah kiri kanan, mencari2 pakej yang paling ok dan sesuai dgn harga and features nye. adess... pnt btul kaki neh tau! cam nak tercabut pon ade. atlast, I end up with Celcom broadband.. (nih yg buleh nak berblogging balik neh..! haha. but this is not the reason why i need internet at home so badly.. its all because of my job which needs me to do some research before i can do my work. huh ) mase balik tu dah penat gile. dahla sehari suntuk tak makan. makan roti sikit jek pagi td. tetibe sesuatu yg tak diingini pulak berlaku- monorail pulak rosak.. !! adehh.. dahla org pnt, kaki rase nak tercabut, lapar pulak tuh. adoiyaii... sabo jek la..
last2 I give up hope kat monorail tu.. hari pun dah malam.. then i have no choice other than jln kaki smpi station LRT Hang Tuah.. only then baru buleh balik umh dgn aman.. tu pun ramai giler org queue.. sib baik.. sampai rumah dengan selamat. alhamdulillahh...
haih.. penatnye..
| Come Back | 3/01/2009 09:17:00 AM |
|
Filed under:
My Daily Diary
|
|
Assalamualaikum everybody.....!
Rupa-rupanya dah genap 2 bulan tak update blog nih. huhu.. no worries, I'm back ! =) BUt I wonder.. if there's anybody cares if I'm back on blogging or not...? haha. Whatsoever.. Yang penting, I'm blogging here, is just to satisfy my needs on sharing my feelings and a bit of experiences that I've goin thru.
Humm..
Till then, See ya.. ;p
| Happy New Year EveryOne.. | 1/01/2009 11:05:00 PM |
|
Filed under:
Current Issues
|
|
| Disebalik Tabir 5 jan 2009 | 12/29/2008 09:20:00 AM |
|
Filed under:
Heart - Beat,
Personal Chronicles
|
|
Tarikh keramat ini akan saya ingati sampai bila2. Kerana pada tarikh inilah,
saya benar-benar melangkah ke alam pekerjaan. Tidak ada lagi nota kuliah,
tidak ada kelas yang perlu dihadiri, tidak ada tugasan makmal, tidak ada lagi kesemuanya! Yang ada hanyalah memori, ilmu, dan pengalaman berharga yang saya lalui sepanjang saya belajar di universiti.
Kini, saya telah melangkah setapak lagi ke hadapan, kearah tujuan dan cita-cita saya.
Saya harus menjadi seorang yang "dewasa". Dewasa dari segi pemikiran, tindak-tanduk
dan membuat keputusan (ngee.. dewasa ke..?? =))
Semasa saya balik dari Johor ke Pahang (setelah selesai segala urusan saya di Universiti- termasuk submit tesis dan penghantaran brg2 sy balik kerumah. Tq abg chik n kakchik for your help..) saya sebenarnya bercadang untuk berehat dirumah selama lebih kurang satu atau dua bulan. Kemudian barulah bercadang untuk mula bekerja. Pun begitu, saya tetap cuba mencari2 pekerjaan yang sesuai di jobstreet dan lain2 web. Yelah, proses untuk dipanggil temuduga kadangkala mengambil masa yang lama. Jadi apa salahnya saya memohon terlabih dahulu. Dan, saya berfikir agak mustahil untuk saya dipanggil temuduga dalam masa terdekat.
Ternyata sangkaan saya meleset. selepas seminggu saya menghantar permohonan, saya mendapat panggilan telefon dari salah sebuah syarikat yang mana bidang kerja yang saya pohon di syarikat ini tidak ada kene mengena langsung dengan bidang pelajaran saya semasa di Universiti. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk memenuhi panggilan temuduga ini dengan sepenuh hati. Semuanya kerana nasihat abang saya yang mahukan saya mencari pekerjaan yang berkaitan bidang pelajaran saya. Menurutnya dengan itu, masa depan saya akan lebih terjamin. Dan disebabkan itu juga, saya mula terfikir untuk tidak mengambil serius dengan panggilan temuduga ini, demi menunggu panggilan temuduga dari syarikat berkaitan RS-GIS.
Tetapi kemudiannya saya mula terfikir. Mengapa saya harus berfikiran seperti itu? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan? saya telah berjanji dengan diri saya, yang saya akan memberi yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan selepas ini. Saya telah pun memohon pekerjaan dengan Syarikat E. Apa yg mendorong saya memohon kerja di syarikat ini? sudah tentu kerana saya sgt berminat dengan perniagaan dan saya ingin
mula berkecimpung dengannya. Jadi mengapa saya harus menyerah kalah sebelum berjuang..??? Saya yang menentukan halatuju hidup saya dan saya ingin melakukan apa yang saya suka dan minat, tidak salah untuk saya mencuba bukan?? Allah itu maha kaya dan adil. Rezekinya ada dimana-mana. Asalkan berusaha, pasti Dia akan memberikan yang setimpal dengan usaha hambaNya.
Lalu saya katakan pada diri saya, yang saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk pekerjaan ini. (Bermula dengan temuduga, hinggalah kepada pekerjaan yang ditawarkan -andai saya diterima). 12 Disember, saya telah menghadiri temuduga tersebut. Ini adalah temuduga pertama saya dan saya ingin melihat andai saya berjaya 'menjual" potensi diri saya pada syarikat ini.
Pada hari temuduga (thanks Nini for your help..), anda tahu berapa lama masa yg diambil
untuk temuduga tersebut?? lbh kurang satu jam setengah!! patutla saya rasa mcm lama semacam je saya dalam bilik tu. Sya sendiri pun tak perasan sebnarnya. Tapi bila saya keluar dari bilik trsebut, dan melihat jam ditangan, baru saya perasan saya telah berada dalam bilik tersebut lbhkrg 1 jam setengah. aheh. Perasaan saya.??? haha.. tak terkata.!! Saya sudah cuba melakukan yang terbaik, dan saya bertawakal pada Allah. Setiap keputusan yang bakal saya peroleh, akan saya cuba terima dengan hati terbuka..
Isnin, 15 Disember, semasa saya dalam perjalanan balik dari JB kerana sedikit urusan universiti, saya diberitakan dengan khabar gembira yang mengatakan saya diterima bekerja di syarikat tersebut!! Alhamdulillah... sungguh besar nikmat dan rahmat Tuhan. Setelah dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, saya memutuskan untuk menerima tawaran pekerjaan tersebut. Lagipun, dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, ramai yang telah dan bakal hilang pekerjaan. Jadi saya tak harus terlalu memilih pekerjaan. Sekurang-kurangnya buat masa ini.
I give myself about 3 - 6 months probation period for this job. Whether or not I will success with this job..?, just wait and see...
| The Real One.. | 12/20/2008 01:26:00 AM |
|
Filed under:
My Daily Diary
|
|
Huhu..it's been quite long I didn't update this blog after my last entry. Forgive me for not fulfilling my promise to continue on the book I mention before. It's really not my intention to do so. There are some important matters I have to deal with lately.. (plus the condition of internet connection difficulties, and also my notebook yang mengade2 mintak di-format..!adess, semua tu menambahkan lagi sebab untuk tidak mengupdate blog. heheh.. haila.. manusia.. byk btul alasan. =)
Hum.. well, let them be. no need to pikir banyak2 ttg tu. hehe.InsyaAllah saya akan teruskan entry2 ttg that book. but unfortunately, not now. =(
Here, I have an announcement to make.!!
I am very happy rite now because I've already been hired! huhu.. what kind of job? what company??where is it located?? hmm.. that is private and confidential..=)
All I can say, I am not working with my study-related company. Kadang2 rase penat juge mengadap komputer wat analysis image hari2 kan?.. heheh. So, I try to find the job which match my interest in business. It's kinda tough actually, but I'll give all out myself to this job.I really want to see whether or not I can cope with this job. The most important, I want to gain experience, building networking,grounding broad business knowledge and improve my spoken english.
U know what, this is my very first interview.. and now, it becomes my first ever job! Betul2 tak sangka. Alhamdulillah.. Tuhan telah mempermudahkan jalan for me dan
memberi rezeki yang melimpah ruah di bumiNya. Syukur Alhamdulillah...
5th January 2009 will be my first day being an employee... wish me luck k..

