Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang,
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari
pada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
(An-Nisaa' : 01)
Saya kini berada di kampung kerana terdapat sedikit urusan yang minta diselesaikan. Urusan apa? akan dimasukkan di entry lain. =) Dan, kerana kebetulan saya balik ke rumah, saya menggunakan kesempatan ini untuk melawat sahabat baik saya di kampung yang baru saja melahirkan anak pertamanya pada 1hb mac lalu.
Haizatul Insyirah - begitu indah nama yang diberikan kepada bayi perempuan comel yang berhidung mancung ini.
Sementelah melihat wajah mulus anak ini, terdetik dihati, bagaimana agaknya jika saya menimang anak sendiri? ahah, pasti keharuan dan kegembiraan seorang ibu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apalagi setelah separuh mati bertarung nyawa melahirkan anugerah tuhan yang kudus .. yang tak ternilai harganya ini..
Namun, tak semua ibu merasakan kebahagiaan seperti itu. Ada segelintir yang merasa benci, malahan ada yang sanggup membunuh anak sendiri..! Mengapa ? kerana perasaan MALU yang jauh lebih mengatasi dari perasaan kasih-sayang kepada anak yang kudus suci ini.. malu kepada siapa? yang pastinya bukan kepada Allah, tetapi malu kepada pandangan dan kutukan masyarakat sekeliling apabila mengetahui anak si polan sudah mengandung, sudah bersalin, tapi bapanya entah dimana..?? Ibu bapa yang berbuat dosa, anak yang suci dan bersih dari sebarang dosa ini yang menanggung akibat, hanya kerana tuntutan nafsu liar sang ibu dan sang bapa yang tidak mengenal dosa pahala..
Naudzubillahiminzalik.. semoga tuhan menjauhkan perkara seperti ini daripada kita semua...
Till then, see ya..
0 comments:
Post a Comment