A Long Way Gone : Memoirs of A Boy Soldier 1/07/2010 02:28:00 AM


A Long Way Gone : Memoirs of A Boy Soldier - My second latest book yang berjaya diselesaikan bacaannya 2minggu lepas. Bergelut dengan kesibukan kerja, aku macam tak percaya aku masih boleh mencuri2 masa untuk melayan hobiku yang satu ni ~ membaca. Kalau perkara2 lain seperti movie, shopping, keluar dgn kawan-kawan aku boleh tinggalkan kerana terpaksa menyiapkan kerja walaupun sdg bercuti, hobiku yang satu ini.. tidak sama sekali. Lagi pulak kalau dah mula membaca satu2 buku. selagi tak habis selagi tu la buku tu akan dikelek kemana-mana.
Yang menarik pasal buku ni:
1. Aku terjumpa buku ni di Carrefour, jualan lelong dgn harga RM5 mmg benar2 menggoda. walaupun murah, keadaannya masih seperti baru, tak terusik, dan buku ini berkulit tebal. Entah berapalah agaknya harga buku ni masa first2 keluar dulu.
2. Influence dari my second immediate boss, KakWin, dengan buku2 novel berbentuk biografinya membuatkan aku teringin membaca novel2 dari genre yang sama. Dah penat+bosan baca novel cintan-cintun. Baru tersedar yang zaman umur remajaku telah berganjak sedikit demi sedikit... haih.. dah makin tua rupenya..
3. Buku ini adalah berdasarkan kisah benar yang pernah dilalui penulisnya sendiri, Ishmael Beah, yang kini telah menjadi seorang spokes person di UNICEF.
4. Buku ini ditulis dgn bahasa yang simple, tetapi digarap dengan begitu cantik. Ops jgn salah faham, bukan cantik kerana ceritanya indah. Tapi cantik kerana every single words membuatkan aku seperti berada didalam situasi sang penulisnya.
5. Housemateku, Ain pernah tanya soalan ni semasa aku sedang baca buku ni:
"zaza, yang muka ko berkerut baca buku tu kenapa? berkerut sbb tak paham ke ape..??"
6. Tahu kenapa aku jadi mcm tu?? mcm yang dah diberitahu tadi, it's simply because buku ni membuatkan aku seperti masuk dan tenggelam didalamnya. Berkerut bukan kerana tak faham, tapi sbb tragedi dan kisah Ishmael Beah ini begitu sadis dan meninggalkan kesan mendalam.
7. Bila baca buku ni, aku jadi sgt2 bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada di negara Malaysia tercinta ini. tak sanggup rasanya aku sendiri melalui situasi yang sama seperti itu. 1% pun tak mahu...! Semoga keamanan ini berkekalan hingga hayat ini sampai kehujungnya..

8. Habis je baca buku ni, aku rasa macam nak ulang baca lagi sekali masa tu jugak. Tapi rasa tak sanggup nak menulusuri perjalanan hidup penulisnya yang sebegitu sadis itu sekali lagi...

Overall.. novel ni mmg best.! sgt memberi kesan dan memberi kesedaran pada aku bahawa nikmat keamanan yang diberi tuhan masih berada di genggaman. Tak sanggup rasanya nak melihat darah mengalir seperti sungai.. mayat-mayat bergelimpangan dengan isi perut dan otak manusia bertaburan di sana sini.. ibu dan ayah kehilangan anak, kepincangan dalam perikemanusiaan berada dimana-mana. Dan Rasional..tidak lagi dapat menyelamatkan nyawa.

Astaghfirullah.. Ya ALLAH, selamatkanlah kami dari derita ujian yang sedemikian rupa. Berikan kami kekuatan untuk mempertahankan keamanan dan hak kami di negara kami sendiri..

Walaupun buku ni tak glamour macam The Kite Runner, tapi novel nih mmg worth to read. Sangat-sangat worth to buy and read, and read again..

~zaza

0 comments: