Garis-Garis Deja Vu - Part II 9/02/2008 08:34:00 AM

Novel ini bukan seperti novel-novel cinta yang selalu saya baca. Ianya unik, punyai perasa tersendiri yang tak ada dimana-mana kecuali dalam dunia cinta ciptaan John ini. Membaca karya JN ini membuatkan saya sering tertanya apakah kesudahan bagi setiap watak-wataknya. Kerana pada awalnya,pembaca akan merasakan tidak ada apa-apa kaitan pada setiap watak yang dikisahkan. Tetapi hakikatnya, hubungan antara watak-watak tersebut adalah amat dekat!

Saya suka dengan plot novel ini yang digarap kemas dan tidak mendatar.Setiap bab mempunyai "peak" tersendiri yang membuatkan saya ingin terus menyambung pembacaan helaian demi helaian.Saya percaya saya tak berlebihan bila berkata begini.Kerana sudah banyak novel lain yang saya baca, yang membuatkan saya berasa bosan kerana plotnya yang mendatar dan tidak ada kejutan.Kalau ada pun, biasanya saya sudah boleh meneka apa kesudahannya.(dan biasanya saya tak akan ulang baca lagi novel seperti ini!)
Well Done John Norafizan! =)

Dan disini, saya persembahkan review dari novel GGDV yang telah memikat hati saya ini!



Ini bukan cerita cinta biasa. Ini adalah sebuah kisah pelarian, kisah pengembaraan mencari cinta yang hilang. Mencari cinta agung yang tersemat dalam setiap jiwa Ashraf, Nini, Suraya dan Damien.Dan Pencarian inilah yang membawa setiap wataknya bertemu keajaiban-keajaiban tuhan yang Maha Esa..yang Maha mengatur segala sesuatu.Kisah ini menyaksikan dua benua,tiga negara, yang menyimpan kisah duka empat jiwa, dengan satu takdir yang tersimpul mati!

Kata Rumi:
"Pasangan bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya, Mereka sudah bersama sejak dari azali lagi.."

Kata Rumi, jika engkau dapat bersama-sama dengan orang yang kau cintai, bersatu dalam satu nafas, maka dalam satu saat itu, engkau akan menemui takdir yang sebenar. Rumi berpesan supaya jangan sesekali melepaskannya. Jangan rosakkan cinta yang hakiki. Kerana ia hanya akan datang sekali dan tidak mungkin kembali buat kali yang kedua."

~Ashraf
Pengembaraan mencari Lailanya yang hilang setelah sepuluh tahun terpisah membawanya kebumi Jordan, membelah kehidupan nomad padang pasir tandus yang tak pernah terfikir akan dilalui olehnya.Setelah Nini disahkan mengandung, mengapa Ashraf tega meninggalkan isterinya itu demi mencari Lailanya kembali? Menyusuri pepasir gersang dan tandus mencari jejak-jejak Laila yang tidak dapat dipastikan kewujudannya di bumi tuhan ini lagi.. Masihkah ada harapan untuk Ashraf kembali bertemu dengan cintanya? Pengembaraan Ashraf tidak terhenti di Jordan. Kakinya terus melangkah meneruskan satu lagi pencarian di bumi Manchester,demi menyatukan seorang anak kecil bernama Sulaiman dengan babanya (ayahnya). Dan pencarian ini, membawa Ashraf kepada takdir yang sama sekali tidak pernah terduga olehnya.!

"Takdir kita sudah jauh Ashraf, kita tidak mungkin akan bersama lagi walaupun siapa tahu
ketentuan takdir..Kadang-kadang kuasa cinta itu berjaya menepis segala petaka" Tutur kata Laila bagaikan alunan pusaran Bimasakti yang membuatkan degupan nadinya bersatu dengan alam.

"Pergilah engkau di tempat dimana matahari terbenam.Apabila hati kau penuh dengan kepedihan. Dan kau akan bertemu dengan aku disana..." beritahu Laila seraya melangkah pergi. Dia tidak menoleh walau sedikit pun ke arah Ashraf.

~Nini
Demi tuhan, Nini nekad untuk menjejaki Ashraf di bumi Jordan. Biarpun dia tahu kisah cintanya mungkin akan berakhir disana, dia tetap ingin meneruskan pencariannya. Dia harus meleraikan rindu dan dosa yang tidak tertanggung lagi olehnya, biar apapun yang bakal dihadapi. Dan perjalanan Nini ke Jordan telah menyaksikan dia melalui satu tragedi yang benar-benar melumatkan cintanya.. hingga mati!
"Dosa apa yang kau lakukan sampai suami kau nak tinggalkan kau bila kau dah susah payah
cari dia macam ni?" sindir Numair. Lelaki itu tersenyum mengejek. Tetapi tiba-tiba wajahnya berubah. Numair seperti terperanjat. "Jangan beritahu aku yang kau dah..." Numair tak dapat menghabiskan kata-katanya.

~Suraya
Begitu mahalkah harga sebuah cinta manusia, hingga dia sanggup menggadaikan agama,mengorbankan keluarga,dan mencemar maruah dirinya? Cinta seorang lelaki inggeris benar-benar memerangkap Suraya ke jurang dosa yang tak tertanggungkan. 7 tahun suraya hidup terumbang-ambing , mencari jalan hidup terbaik yang bisa menenangkan hati dan jiwanya. Namun dia gagal. Gagal bertemu dengan apa yang dicarinya sekian lama. Tetapi mujur..mujur Dia adalah Tuhan yang maha penyayang, Maha mengasihani hamba-hambaNya.Suraya akhirnya bertemu dengan keajaiban-keajaiban Tuhan yang tidak dapat dibuktikan dengan ilmu sains yang diagung-agungkannya,jauh sekali terjangkau dek akalnya
.

"Bukankah kau selalu merintih setiap malam tentang kehidupan kau yang kosong itu? Dalam pekat
malam dan dingin salji yang turun, dinding-dinding mendengar kau berbicara tentang nasib malang kau. Tentang kehidupan ini yang tidak ada makna lagi. Tentang ketenangan jiwa yang hilang. Atau adakah engkau masih mahu menafikannya?"


~Damien
Anak kecil berumur 10 tahun ini terpaksa melalui ujian dan keperitan hidup yang tidak dilalui oleh kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Baba yang disayangi meninggalkannya dalam keadaan uminya terlantar koma dihospital. Dia terpaksa menjalani hidup sendirian,menguruskan diri sendiri seperti seorang dewasa. Sungguh,Damien terlalu merindukan belaian kasih-sayang umi dan babanya. Dan Kerana rindu itulah,dia nekad mencari babanya walau terpaksa menempuh perjalanan yang menakutkan-bagi seorang anak kecil sepertinya.

Dan dia juga tidak tahu sama ada mahu menangis lagi ataupun tidak. Segala-galanya bagai mimpi.Bagai sesuatu yang tidak masuk dek akal. Sesuatu yang tak mungkin terjadi dalam kehidupan kanak-kanak sepertinya. Bagaimana seorang budak berumur 10 tahun dapat hidup tanpa seorang ayah dan ibu? Dan kemudian tinggal di dalam rumah besar yang tidak berpenghuni? Oh!
segala-galanya sukar dan berantakan. Tetapi apabila melihat kembali duit 2000
paun yang ditinggalkan baba semalam, Damien tahu dia tidak bermimpi..

Selebihnya..? hmm.jika anda rasa teruja dengan review diatas, silakan membaca GGDV..=)

4 comments:

Anonymous said...

sis,dis novel i thing very heavy la..very2 deep..so, i wish another version of GGDV sipnosis yang lebih mesra pembaca2 yang tak tegar nak ngabihkan 2 muka surat novel2 aliran ni...plisss...at least, gtaw la inter-realtion between the characters...i'll be waiting...

ajibmn

Zaza Zafrina said...

hehe.. bro, tak surprise la gtu.. kalo nak tau kene la bace sndiri smpai abis.. baru la thrill..

HUmm.. anyway.. bcoz the biggest credit of finding this novel is yours.. n I know u memang tak larat nak baca novel camni..I'll see if I can do sumthin' for ya =)

Faisal Admar said...

this novel is pretty heavy kan. ayat² pun macam berbunga jek... hehe lagi susah dari english nak faham :)

Zaza Zafrina said...

ehehe..Aceli novel ni tak la heavy sgt.. humm.. maybe cara saya review mmbuatkan novel ni jadi mcm too heavy. =)
Bahasa yg JN gunakan juga tak terlalu berbunga atau terlalu puitis.Ianya mudah difahami.

Cuma mungkin apa yg menyebabkan novel ni sikit heavy ialah jalan ceritanya yg unik dan membuatkan pembaca byk berteka-teki tentang relationship setiap watak utamanya pada awl pembacaan.

Pun begitu, plot yg tak mendatar dan byk kejutan mmbuatkan sy tak bosan mmbaca novel karya JN ini.. mmg best!