Bukankah senyum itu sedekah..?? (driving license con't) 8/18/2008 05:30:00 PM

Seperti yang dijanjikan sblm ni, ada isu yg ingin dikongsikan disini berkaitan ujian memandu yang sy lalui. Telah sy katakan sblm ini yg sy mengambil ujian JPJ sebanyak 3 kali sebelum diiktiraf sebagai pemandu jalanraya berlesen bukan? jadi di sini, apa yg ingin dikongsikan ialah sikap ketiga-tiga org penguji(JPJ) yg telah menguji sy dan pengajaran yg saya kutip drpnya.

  • Penguji pertama: Lelaki,usia lingkungan 30-35 thn

Tak banyak yg boleh sy katakan disini ttg penguji pertama.Nama pun tak ingt. Memakai kacamata hitam (sy dapati rata2 penguji JPJ suka btul pakai spek itam neh!huh..! bajet mcm ngeri sgt ke ape?). Dan sy pun tak sempat nak ketahui lebih lanjut ttg penguji pertama ni sbb sy tak sempat nak keluar ke jalanraya pun..ehehe.. (what a silly mistake i've done!) What? kesalahan ape? tehehe... takmo ckp la.. segan.Puncanya?? ada dua kemungkinan 1) saya terlebih konfiden, 2) sy nervous sgt kot.. iskh2... saya pun kurang pasti yg mana satu...=)

  • Penguji kedua: Perempuan, usia lingkungan 35-40 thn

Yang kedua ni tak pakai spek hitam pun.. tapi berwajah serius dan susah btul nak senyum.haih... yang ni mmg terkenal dgn ke"hardcore"an nye.. heheh. Knp sy ckp camtu? Pakcik yg slalu ajar sy bwk kete pun ckp dgn saya (lepas sy lulus ujian ).. "kalo penguji yg ni mmg pyh sikit.!kalau 5 org yg dia uji, biasanya sorang jek yg lepas!!"Adeyh.. bleh anda bayangkan ke"hardcore"an nye?? patutla bile pakcik ni nmpk atas borang ujian sy yg sy akan diuji oleh Puan JPJ ni, ada riak risau pd wajahnya.Tapi pakcik tu takdela ckp pd sy yg dia risau.By the end of the day.. wat happened? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ='( sy gagal lagi... sob2.. apelah nasib...Tapi, ade something interesting yg nak diceritakan disini ttg penguji ni.


Let me go through this:- hari ni sy rasa lebih konfiden dari ujian pertama sbb semalam, saya dah berlatih sepuas-puasnya. Sy pandu kete melalui jalan dan laluan yg sama sebanyak 5 kali!Diulang, 5 kali!!(sepatutnya 4 kali je, tapi pakcik tu saje bg sy extra route.. =) tq pakcik)Walaupun sy dah sedia maklum yg puan JPJ nih agak hardcore dgn calon2 yg diuji, sy tetap rasa ok sbb semalam sy dah berlatih byk.First thing sy buat sebaik sy msuk dlm kete, sy bg salam. malangnye, takde respond. Puan JPJ nih asyik tgk borang sy dan diam seribu bahasa (huish kokyepon, jwb la slm sy nih skit.. ssh sgt ke?? Takpun bg sy sikit senyuman pon dah ok..)siapa tau mgkin sy akan lbh tenang dan relax dgn cara tu kan? Then, Sy teruskan ape yg ptt sy buat semasa ujian memandu. Selekoh pertama yg sy lalui, sy termakan jln org skit semasa membelok.spontan, Puan JPJ ni buat bunyi tak senang (bunyi org act bile timbul sesuatu mslh).hati sy yg tadi tenang bertukar rupa. Selepas kesalahan pertama ni, tanpa sedar sy trus melakukan kesalahan-kesalahan lain yg sy langsung tak buat semalam! Bayangkanlah, nervous yg mula merajai membuatkn sy hampir tersilap jalan dan sekaligus menyebabkan sy memberi signal di selekoh yg salah! (tak masuk akal btul! smlm sy pusing jalan ni 5 kali tau! takde silap pon..) Apabila seorang pemandu membunyikan hon pd sy, Pn JPJ ni tanpa lengah menyuruh sy berhenti di tepi highway.(mase ni, sy tau sy dah gagal utk kali kedua.. tapi dlm masa sama sy mmg tak boleh trima kenyataan yg sy gagal lagi..! huish tak logik btul bleh gagal lg kan?) Psstttt.. yg saya geram tu.. boleh pulak puan ni berbual baik dan senyum dgn saya lepas sy dah comform gagal tu! Haila manusia ni.. mcm2 perangai kan?


Lalu sy terfikir,jika dr awl tadi beliau dah tunjukkan sikap "warm welcomed" pd saya,mungkinkah kegagalan yg sy lalui hari ini akan bertukar menjadi kejayaan? mungkinkah sy tak akan rasa sebegitu nervous dan kesalahan yg saya lakukan juga tidak akan jadi sebegitu byk? Mungkin juga kan..? OPsss...Jangan salah sangka! Saya sesekali tidak menyalahkan takdir.Bukan juga sy ktakan begitu bermakna sy meletakkan kesalahan pada puan JPJ trsebut.. Saya pasti itu adalh kesalahan saya yang gagal mengawal diri sendiri. Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan disini ialah pelajaran yg tersirat disebaliknya.

Kajian dan pemerhatian telah membuktikan yang dorongan itu adalah lebih efektif berbanding hukuman. Teringat saya akan sebuah buku motivasi yg masih belum habis yg saya baca "How to win friends and influence People" tulisan Dale Canergie. Dlm bab yg membincangkan tentang A Simple Way To Make A Good First Impression, Dale telah memetik ulasan dari seorang pakar psikologis dari University of Michigan, Proffessor James V.McConnell tentang harga dan pentingnya sebuah senyuman:


"People who smile, tend to manage, teach, and sell more effectively and to raise happier children.There's far more information in a smile than a frown. That's why encouragement is a much more effective teaching device than punishment" (Dan diingatkan disini, senyuman yg dimaksudkan adalah senyuman yg ikhlas, bukan pura-pura..!)

Saya ulangi. ENCOURAGEMENT IS A MUCH MORE EFFECTIVE TEACHING DEVICE THAN PUNISHMENT. buktinya...?? mari kita susuli apa yg berlaku pada ujian JPJ kali ketiga merangkap kali terakhir yg saya lalui.


  • Penguji Ketiga: Lelaki,berusia dalam lingkungan 45 thn

Yang terakhir ini juga pakai spek hitam. Tapi beliau tidaklah seperti sesetengah JPJ lain yg sengaja menunjukkan ke"besaran"mereka. Pertama kali sya masuk kereta, beliau memberikan saya "warm welcome" yg saya harapkan. Walaupun kelihatan agak garang dan tegas, beliau sebenarnya seorang yg agak friendly. Ini membuatkan meter nervous saya turun ke tahap terendah. Ini tidaklah bermakna saya langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan pd ujian kali ini.Saya melakukannya sekali.Tanpa memarahi saya, beliau dgn suara tenang menyuruh saya pandu kereta elok-elok. Mendengarkan itu,serta-merta saya terasa lega dan tenang lalu membuatkan pemanduan saya menjadi lebih lancar dan berhati-hati. By the end of the day?? Yuhuuu.. Alhamdulillah saya berjaya akhirnya.... =)



See..? magic bukan? kontra yang saya dapati dari dua pendekatan yg berbeza.
Dimana apabila saya melakukan kesalahan:

  1. Saya dilayan dengan respond yg tidak menyenangkan hati. Akibat: Saya terus melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa saya menyedarinya!

  2. Saya dilayan dengan dorongan dan suara yang menenangkan. Akibat: Saya merasa lega dan tenang dan pemanduan saya menjadi lebih berhemah dan berhati-hati!

Betapa saya mendapat pengajaran dari peristiwa ini. Anda bagaimana? saya harap, anda yg membaca juga mendapat pengajaran yg baik dari kisah ini. Selepas ini, sy pasti akan berusaha utk mempraktikkan kaedah ini dalam setiap situasi sukar yang saya lalui.Saya tahu bukan mudah untuk mempraktikkannya. Lebih-lebih lagi apabila kesalahan yg dilakukan oleh seseorang itu terlalu besar dan sukar untuk dimaafkan. Namun kemarahan dan kritikan bukanlah jalan yg baik untuk menyelesaikannya. Kerana kemarahan dan kritikan hanya akan membuatkan individu berkenaan akan lebih melakukan kesalahan dan kemungkinan besar memberontak kerana harga diri mereka dipermainkan. Lalu cara yang terbaik? adalah melalui layanan yg baik, dorongan dan senyuman. Dengan cara ini, individu tersebut secara automatik akan merasa malu dgn kesalahan yg dilakukan, malahan ia akan menjadi lebih efektif. Individu ini akan merasa dihargai kerana tidak dimarahi dan dimalukan (lebih2 lagi dikhalayak ramai) malahan akan merasa lebih yakin diri.
Ingin saya kongsikan dgn anda sedikit petikan dari buku tulisan Dale Canergie berkaitan isu ini.



Part One : Fundamental Techniques in Handling People,pages 14-15
When dealing with people,let us remember we are not dealing with creatures of logic. We are dealing with creatures of emotion,creatures bristling with prejudices and motivated by pride and vanity. Bitter criticsm caused the sensitive Thomas Hardy , one of the finest novelist ever to enrich English literature, to give up forever the writing of fiction. Criticsm drove Thomas Chatterton, the English Poet, to suicide.

Benjamin Franklin, tactless in his youth, became so diplomatic, so androit at handling people,that he was made American Ambassador to France. The secret of his success? "I will speak ill of no man," he said,".......and speak all the good I know of everybody" Any fool can criticize,condemn and complain--and most fools do. But it takes character and self-control to be understanding and forgiving. "A great man shows his greatness," said Carlyle,"by the way he treats little men."

Bob Hoover, a famous test pilot and frequent performer at air shows,was returning to his home in Los Angeles fromand air show in San Diego. As described in the magazine "Flight Operations", at three hundred feet in the air, both engines suddenly stopped. By deft maneuvering he managed to land the plane, but it was badly damaged although nobody was hurt. Hoover's first act after the emergency landing was to inspect the airplane's fuel. Just as he suspected, The World War II propeller he had been flying had been fueled with jet fuel rather than gasoline. Upon returning to the airport, he asked to see mechanic who had seviced his airplane.The young man was sick with the agony of his mistake. Tears streamed down his face as Hoover approached. He had just caused the loss of a very expensive plane and could have caused the loss of three lives as well.You can imagine Hoover's anger. One could anticipate the tongue-lashing that this proud and precise pilot would unleash for that carelessness. But Hoover didn't scold the mechanic; he didn't even criticize him. Instead, he put his big arm around the man's shoulder and said, "To show you I'm sure that you'll never do this again, I want you to service my F-51 tomorrow."

Hmmm... mengagumkan bukan? kesan yg diberikan oleh kedua-dua dorongan dan kritikan? Dalam menangani isu ini, sudah pasti pilihan adalah ditangan anda.... dorongan...? atau kritikan..??

Dan mulalah berikan senyuman anda pada setiap orang yg anda temui hari ini.. kerana mungkin senyuman anda yg sedikit itu.. dpt meredakan kesedihan atau kesuraman org lain.. siapa tahu kan? lagipun bukankah senyum itu... sedekah..?? =)

4 comments:

mohad said...

salam.. saya telah link blog ni...

Asraff Ruslan said...

huhuhu....
sy juga akan link blog ni x lame lg.....
nantikan kemunculan sy....
hehehehe.....

Faisal Admar said...

Salam Zaza,

Blog yang bagus. Saya telah memasukkan blog ini ke dalam blogger list saya. Saya rasa ada persamaan cara penulisan dan pemikiran blog saya dan blog Zaza.

Ya, saya setuju dengan apa yang Zaza kongsikan. Kita sangat terdorong untuk mengikut emosi kita tanpa kita sedari dari segi percakapan mahupun perbuatan. Ini tanpa kita sedari boleh membuat kawan, rakan sekerja mahupun keluarga kita tersinggung.

Perlukah kita membuat muka masam sedangkan kita tahu bahawa senyum itu sedekah? Saya juga sering terlupa tentang senyuman bila perbuatan, percakapan atau reaksi rakan sekerja mahupun pegawai lain menyinggung perasaan dan akan terbawa-bawa sehingga waktu untuk pulang. Sikap seperti ini hendaklah dihilangkan dari diri kita. Memang susah untuk hilangkan secara drastik tetapi ia boleh diubah sedikit demi sedikit.

Saya agak tertarik dengan quote ini:

"People who smile, tend to manage, teach, and sell more effectively and to raise happier children.There's far more information in a smile than a frown. That's why encouragement is a much more effective teaching device than punishment"

Kebanyakan ibu bapa telah lupa tentang kebaikan encouragement dari punishment. End up, anak-anak mereka sering berasa kurang yakin dengan kemampuan mereka malah akan simpan sahaja kemampuan mereka sampai bila-bila. Mereka juga akan berasa malu di tempat yang salah... contohnya duduk di barisan depan ketika taklimat mahupun kursus. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, ubah punishment kepada encouragement. Insyaallah...

Zaza Zafrina said...

To bro Ijad: Thanks for your link.. =)

To bro Faisal:

Thanks for your compliment n encouragement..=)
Actually sy dah lama tak ber"blog". Entah knp tiba2 sy terasa nak kembali blogging. And so, here I am. Sy cuma berharap readers mendapat sedikit sebanyak manfaat dari blog ini.. just like what u've done with your blog.

Ya bro, senyuman itu selalu dianggap remeh. Seandainya semua org tahu bahawa senyuman itu adalah salah satu kunci kebahagiaan, kemakmuran dan kekayaan.. pasti semua org berlumba-lumba utk tersenyum.. =)

Dan sy juga setuju yg ibubapa skarang lebih mengambil pendekatan punishment berbanding encouragement. Sayang sekali kan? lebih-lebih lagi jika anak-anak mempunyai potensi yg bagus. Mmg melontarkan kata lebih mudah dari mempraktikkan. Tetapi sprti bro katakan.. ia boleh diubah sedikit demi sedikit..

Sikit-sikit lama2 jadi bukit, alah bisa tegal biasa bukan?