Saya anak merdeka. Lebih tepat lagi - generasi pasca-merdeka. Generasi yang lahir ketika jerih perih kemerdekaan tidak lagi dirasai.Yang ada ialah segala kemewahan dan kesenangan yang telah mula bertapak di negara Malaysia tercinta ini. Tidak ada peperangan, tidak ada bunyi bom atau pesawat terbang yang menggegar lubang telinga dan mengganggu-gugat ketenteraman. Tidak ada wajah-wajah bengis askar-askar Jepun yang masuk kerumah membuat onar. Juga tidak ada kesusahan hidup yang menyebabkan saya terpaksa memakan ubi kayu atau biji cempedak yang ditanam dibawahrumah..!!(untuk simpanan sewaktu benar-benar darurat!).
Yang ada ialah laungan "merdeka,merdeka,merdeka" tepat jam 12 tghmlm 31 Ogos setiap tahun. Tidak ada lagi kesusahan dan keperitan yang dirasai oleh generasi sebelum merdeka. Yang dinikmati adalah segala kemewahan dan kesenangan yang bertitik tolak dari perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan masa lalu.Kestabilan ekonomi, keharmonian hidup rakyat berbilang kaum, dan perpaduan yang berjaya diterapkan oleh pemimpin-pemimpin selepas merdeka.Itulah hakikat yang saya rasai.
Sebagai seorang anak pasca-merdeka, saya sedar yang saya tidak pernah merasai kepahitan sebelum merdeka sebagaimana yang telah dirasai oleh ibu bapa saya. Dan tanpa ragu, saya juga mengakui bahawa saya tidak pernah merasai betapa manisnya erti kemerdekaan sepertimana yang dirasai mereka yang pernah hidup di zaman sebelum merdeka.Kerana saya hanya mula mengetahui tentang sejarah Malaysia dan kesusahan generasi sebelum merdeka ini melalui pembacaan buku teks sejarah dan juga melalui pembacaan tambahan.Bukan melalui pengalaman sendiri (Ya Tuhan, sungguh saya tidak mahu melalui pengalaman perit seperti itu!).
Lumrah manusia, apabila mendapat sesuatu itu bukan dengan susah payah, maka mereka kurang menghargai..
Ini termasuklah saya, anda , dan generasi pascamerdeka lainnya... (harap-harap saya salah ttg ini..).Namun ini bukan alasan utk kita mengambil ringan tentang kemerdekaan.Kerana jika direnung kembali, tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih besar berbanding perjuangan memerdekakan Negara.Kerana jika kemerdekaan ini gagal dipertahankan, maka sia-sialah segala pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan kita dan jerih-perih datuk nenek kita dahulu.
Disini dapat dilihat betapa pentingnya metapelajaran sejarah yang diajar disekolah (matapelajaranyang selalunya dibenci oleh para pelajar!). Tanpanya, tak mungkin saya mengetahui jerih-perih org dahulu-kala memperjuangkan kemerdekaan.Walaupun saya tidak benar-benar merasai zaman "gelap"itu, sekurang-kurangnya saya dapat menelusuri dan mempelajari sedikit sebanyak jerih-perih penat-lelah mereka yang terdahulu(saya ulangi sekali lagi betapa saya tak mahu melalui pengalaman itu!). Dan melaluinya juga, saya mula sedar betapa pentingnya kemerdekaan ini dipertahankan.! Jika sebelum ini,masih ramai generasi sebelum Merdeka yang hidup dan berkobar-kobar mempertahankan kemerdekaan,kini tidak lagi.Jika sebelum ini, generasi yang lahir sebelum merdeka masih mendominasi bilangan penduduk di Malaysia, tetapi kini setelah lebih 50 tahun merdeka,Saya pasti ramai dari mereka yang telah meninggal dunia (harus diingat generasi sebelum merdeka yang paling muda kini telah berumur 51 tahun..!!) Lalu siapa yang wajib mempertahankan dan menyambung perjuangan mereka kalau bukan kita = generasi pascamerdeka??
Dan demi tuhan, perjuangan mempertahankan kemerdekaan ini bukan sesuatu yang mudah. Mungkin mudah untuk diperkatakan,namun sukar untuk dipraktikkan. Lebih-lebih lagi sekarang, dengan begitu banyak penjajahan bentuk baru yang menular dikalangan rakyat Malaysia ketika ini :- Penjajahan ,pemikiran,budaya dan ekonomi. Penjajahan cara halus yang mungkin sama sekali tidak disedari oleh kita - bahawa sebenarnya kita telah kembali dijajah! Sedarlah wahai generasi pasca merdeka..!!
Dan kini, saya amat bimbang dengan kedudukan politik kita pada hari ini. Simptom-simptom kejatuhan teraju kepimpinan Malaysia sudah mula muncul dan makin meruncing. Cuma satu yang saya harapkan, iaitu agar ketidakstabilan politik ini tak akan menyebabkan kita sekali lagi dijajah - kerana terlalu leka bergaduh sesama sendiri demi kepentingan diri sendiri yang tidak sudah-sudah.
Dan disini, saya menyeru anda semua dan diri saya sendiri. Bangkitlah, bangunlah,bebaskan diri kita dari dijajah semula oleh anasir-anasir jahat barat,baik dari segi pemikiran, budaya, ekonomi, mahupun perkara-perkara lain. Mari kita mengisi makna merdeka dengan jati diri kemerdekaan yang kental, bukan sekadar laungan merdeka semata-mata.
Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-51 !
dan bersedialah berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan kita..
Pesan saya, hargai dan hayatilah sejarah kita, kerana tanpanya, kita pasti bukan kita pada hari ini,
kita pasti bukan disini, hari ini.
till then, =p
2 comments:
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-51! :)
Selamat memerdekakan diri kita juga bro.. =)
Post a Comment