Cuti Vs Garis-Garis Deja Vu 8/15/2008 09:56:00 PM

Yuhuu.. da bleh update blog smule.. hihihi.. "eksaited" neh. ahaks. Aceli sy excited nih sbb minggu dpn nak balik bercuti... hehehe...jom-jom jalan2 pegi bercuti... =)
And.. yg lagi menyebabkan sy excited nak bercuti ni.. sbb sy tak saba nk cari my new book collection.. tehe...



Buku ape? kali ni novel Malay.. dah lame rasenye tak beli novel Melayu. Yela.. kalau dulu mmg sy ni hantu novel melayu. Tapi sekarang.. sejak dua menjak berlakunye lambakan novel-novel cinta Melayu dipasaran yg kebanyakannya -sorry to say, terlalu stereotype,kurang pengisian, dan seolah-olah hanya tangkap muat, membuatkan sy jadi tawar hati utk membaca novel-novel seperti ini lagi. Mana tak nye, plot utama yg ditulis kebanyakannya hampir sama dan pembaca biasanya boleh meneka apa yg akan berlaku selepas itu. In simple words - Langsung tak ada keunikan dan kelainan..! dan plot utama yang paling biasa diketengahkan oleh penulis-penulis baru ini ialah kisah percintaan selepas kahwin. Bermula dengan kebencian, kemudian by coincidence, terpaksa berkahwin, dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain.. (Duh..! tolonglah buat sedikit kelainan dan keunikan.. penat nak bace cerita yg lebih kurang sama ni tau! )


Disebabkan itu, sy mmg serik nak membazirkan duit utk penulis-penulis novel yg sy tak kenal terutamanya penulis-penulis baru. Lalu sy mula menambh koleksi kpd buku-buku dan novel berbahasa inggeris. kenapa?? bukan saya tidak patriotik dgn buku-buku bahasa ibunda sy sendiri, tetapi memandangkan buku-buku berbahasa inggeris ini mempunyai kelainan dan keunikan yg tersendiri malahan kadangkala mempunyai pengisian yg sgt bagus, lalu ia memberi kepuasan kepada minda sy yg sentiasa inginkan kelainan dan keunikan.


Lalu? mengapa sy ingin mencari novel melayu pula cuti ini? Jawapannya, kerana tak semua novel-novel melayu itu termasuk dlm kategori yg saya kisahkan tadi. masih banyak penulis-penulis novel melayu yg sgt berbakat seperti Faisal Tehrani, Aina Emir, A.Ubaidillah Alias, dan ramai lagi penulis-penulis lain . Dan penulis-penulis ini ibarat mutiara di dalam lumpur.. walaupun digenangi lumpur.. ia tetap berharga dan bernilai...


Nak tahu buku apa yg sy teringin sangat hendak sy baca kali ini?

Buku dari seorang jurutera dan penulis berbakat John Norafizan yg bertajuk Garis-Garis DejaVu.



Pertama kali sy mula mengenali nama John, ialah melalui sajaknya yg bagi saya sgt superb! sajak yang juga bertajuk Garis-Garis Deja Vu ini memang sgt saya minati. Mulanya sy sangkakan beliau sememangnya seorang pemuisi - bukan seorang novelis. Namun ternyata sangkaan sy meleset. Rupanya beliau ialah seorang novelis dan seorang jurutera..! apabila sy membaca review novel ini dari pembaca-pembaca lain, sy menjadi tak sabar untuk turut sama menghayati dunia ciptaan John di dalam novel terbarunya ini. Melalui sedikit review, Bahasa yang digunakan John sy kira menepati citarasa seni saya. Selebihnya.. sy belum layak untuk komen apa-apa selagi sy belum benar-benar membaca dan menghayati novel ini.



Oleh itu.. benarkan sy membaca novel ini dulu. =p

kemudian insyaAllah akan sy review novel ini sesudah selesai membacanya..



Note: nampaknya akan bertambah satu lagi buku di bookshelf saya yg menanti untuk dibaca .. eheh.. hum.. takpe2.. sy mesti curi masa utk habiskan buku2 tu semua. Sbb kesemuanya pun sy suka... =p

3 comments:

mohad said...

salam.. apa khabar..

Faisal Admar said...

Jangan lupa untuk tulis review tentang buku ini ye. Tak sabar hendaknya mengetahui apa isi kandungannya memandangkan tajuknya sangat menyengat :)

Buku seterusnya yang saya nak beli ialah Abandoned by Anya Peter. Cerita yang mengisarkan tentang seorang wanita yang tiada rumah dan hidup di dalam kereta sehingga dia mula berblog dan blog beliau dijumpai orang ramai termasuk NYT :)

Tapi sebelum tu, saya kena habiskan buku-buku saya seperti Buffettology, Lahirnya Seorang Jutawan, Landlord Millionaire, Subtle Knife dan Amber Spying Glass. Banyak bukan? Tapi saya yakin saya dapat habiskannya.

Oh ya tak lupa juga buku yang hendak saya pinjam dari kawan saya iaitu Swiftlet Farm :)

Zaza Zafrina said...

Salam bro faisal:
InsyaAllah saya tak lupa utk review buku ni.. =)sungguh saya tak sabar utk baca karya John Norafizan ni.

Wah.. saya sangkakan senarai buku saya yg menunggu utk dibaca dah ckp byk. Rupa-rupanya your waiting-collection lagi byk... hehe

And buku Abandoned yg bro faisal sebut tu kedengaran menarik..! nnt bro juga jgn lupa review buku tersebut ok.. =p